Monday, December 21, 2009

keluarga itu permulaan tarbiyyah



salam alaik,
bebaru ni, ana ada ikut satu kem.. dalam kem tu ana t'sedar, ya Allah bertapa bertuahnya ana dilahirkan dalam keluarga muslim... sungguh, memang utk melahirkan seorg peribadi muslim yg mulia, tarbiyyah seseorg itu kena b'mula dr dlm keluarganya sendiri...

ini kerana, bak sabda ar- rasul, anak yg dilahirkan ibarat kain putih, ibu bapa lah yg b'tanggungjawab mewarnainya, samada muslim, nasrani, yahudi, etc..

antara perkara penting yg perlu ditanam dalam diri ialah 10 ciri peribadi muslim...apa yee 10 ciri peribadi muslim tu???
di sini ana nak kongsi beberapa pengalaman ana...
inilah didikan pertama ana terima tentang Islam...

  1. aqidah yang sejahtera

time kecik dulu mak ana slalu kata, jgn buat benda tu.. etc.. Allah tak suke, malaikat catit.. buat la apa yang awak suka asal tak langgar syarak.. Allah tu tuhan kite.. etc. dan juga ingatan ahli keluarga yg lain.. hehe.. kadang2 berontak jugak tapi alhamdulillah, dari situ aqidah t'jamin, cerita pelik2 kat tv pasti dipantau agar tak lari dari landasan syariat..


2. ibadah yang sohih

ni lagi satu citer klakar, time otak tak btul lagi tapi dah byk akal nak curi tulang, time tu kalau balik kampung, kan rumah kayu, jd mesti kalau gerak berdetum, jd time tu ana hehe.. malas skit laa nak solat.. jd budak tu apabila tibe time solat masuk toilet basahkan muke, masuk bilik hentak2 kaki pastu keluar konon dah solat, tapi kantoi jugak last2.. akhirnya, time tu yg check abg ana, kenalah lecture free.. baru juga sedar solat dan ibadah yg lain bukan skadar p'gerakkan tapi kerana Allah... ana time tu darjah 1 tau..

3. akhlaq yang mantap

ana ngan adik- beradik dulu slalu diperingatkan, akhlaq jaga. kita muslim, org pandang.. jgn ikut org yg perangai pelik2 tu( ni bahasa ana sndr)ingat Allah itu cantik dan dia suka perkara yg cantik... kini, kami, insya-Allah.. sedar kepentingan Akhlaq itu.. ingat kata2 ni.. seorg mungkin boleh berubah dgn kata2 yg baik tapi 1000 org boleh berubah dgn akhlaq yg baik...

to be continue...

inilah peringatan buat diriku yang sering lupa..

Friday, December 18, 2009

semalam itu sejarah, esok itu satu kejutan, hari ini satu hadiah...


salam alaik semua,

hari ini bermula tahun baru kita, azam baru... azam tahun lps ana dah tercapai ke tak ye... hehe.. oklah entri kali ni cuma nak share kata2 ni...
ponder upon this ye...



pena tidak akan menulis,
jika tiada tangan yang menggerakkannya,
tiada jaringan gol,
jika tiada kaki yang menendang bola,
sofa takkan berkisut,
tanpa ada punggung yang duduk,
tipu daya takkan ada,
jika lidah tidak bergerak,
namun tubuh takkan berkerja,
jika tiada akal menyuruh,
akal tak dapat bertindak,
jika hati tak suka,
maka ingatlah,
hati itu raja,
jagalah ia...


Friday, December 11, 2009

pisang emas di bawa belayar... busuk sebiji di atas peti...

ingat 5 perkara sbelum 5 perkara,
sihat sebelum sakit,
tua sebelum muda,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
hidup sebelum mati...


salam pada semua...

hari isnin lalu, atok sedara ana [ Abd Aziz b. Abd Rahman] tlh kembali ke rahmatullah pad jam 1 pagi... sungguh kematian itu adalah sebaik2 peringatan...

al-fatihah

baru2 ni ana baca sdkt artikel... nak kata mau'izoh jauh skali... artikel ni sayangnye ala2 mengata, mencaci, mengutuk saudara2 ana di sana... ana sedih, tp memang lidah itu tidak bertulang, kebanyakan asbab masuknya seseorang ke dlm neraka adlh kerana lidahnya[ atau tgn yg menulis, kata org pena lbh tajam dari pedang]. disini ana nak kongsi satu cerita, citer ni ana dgr dr kawan ana.. agak childish tp ada isi... kisah ini tentang pisang...

pada suatu hari, di sebuah tadika, sorg cikgu ni tgh dok menulis kat meja dia, bebudak sume memain kat kelas tu... tetiba, cikgu ni dgr salah sorg anak murid dia ckp perkara tak elok pasal kawan dia; contoh:" awak nak tahu tak man tu kan hisap jari lagi, dah la blagak ensem..benci tol aku!" dan lain2. bile cikgu tu dgr btol2 hampir sume anak murid die ckp tak baik ala2 ngutuk la.. psal org lain..lalu cikgu tu dpt satu idea..

cikgu tu pggl sume anak murid dia. dia kata kat diorg" cikgu nak ajak kamu main satu game.. kamu perlu fikir berapa org yg kamu benci.. kira tau.. pastu bawa pisang esok sama dgn jumlah org yg kamu benci.. bw dlm beg tau nanti cicir.."
maka memurid tu balik ptg tu dan esoknya bw pisang yg diminta.. ada yg bw 1,2 dan ada juga 10... arahan seterusnya diberi, pisang tu diorg kena bw mana saje diorg pegi slama seminggu.. nak tido ke, main ke.. tak leh letak tepi.. lps seminggu bwk skola balik. budak2 innocent tu ikutlaa arahan cikgu diorg yg pelik tu..

selepas seminggu, kelas cikgu tu kalo kita masuk bygkn baunya... uwek... of course semua pisang yg budak2 tu bw dah busuk dan berair... cikgu tu pon check setiap muridnya... semua mengadu ttg pisang tu.. ada yg org x nak kwn ngan dier sbb busuk.. ada yg dah buang pon pisang dier..ada yg kata makbapak diorg marah bazir pisang.. dan semua kata mrk malu sbb kena bwk pisang busuk ke mane2 diorg gi.. cikgu tu senyum je tgk diorg.. akhirnya dia suruh sume budak tu buang pisang2 tu..

lps tu dia suruh kumpol dan kata...
"anak2, cikgu tahu kamu malu bawa pisang tu.. tapi cikgu nak kamu fikir...
bygkn pisang itu adalah jumlah kebencian kamu pd seseorg dlm hatimu,
makin ramai org kamu benci, makin byk pisang kamu,
dankamu bw kwbencian kamu kemana saje..
mcm pisang tu, hatimu akn mula membusuk,
baik mana pun kamu, pandai mcm mane pun kamu,
hati yg busuk tetap dibenci org.. dan kamu tak mampu sorokkan baunya,
kerana isi hatimu akan terpancar dari akhlaq dan kata2mu.."

fikirlah apa yg ana nak sampaikan kerna antum semua memupunyai akal..

Friday, December 4, 2009

bertapa manisnya...


ALLAHUAKBAR!!!!

salam alaik semua,

akhirnya ana berkesempatan menulis lagi... tntg post ana yg sblm ini, usahlah dikomen lagi... ana tulis tu pun sebab... dah..dah..

ok lah, insya- allah kita semua terus maju ke depan... baru2 ni, ana terduduk dan terfikir... selama ana cuti ni.. :( mungkin salah ana juga.. tapi bertapa manisnya ukhuwwah itu andai kita saling ingat mengingati... ana bukan apa, dalam mengharungi samudera cuti ini... ana mengaku, ana bukanlah seorg pelayar yang baik dan cekap... kadang ana lalai... hampir tenggelam bahtera ana dibuatnya... apatah lagi bila ana lupa cara mengawal bahtera ana saat hujan ribut, taufan melanda... ana tak mampu berlayar sendiri...
mungkin memang salah ana, yelah ana pun tak tengok-tengokkan anak kapal ana sendiri... pelayar yg lain pun ana tak keep in touch... terlampau leka dalam kapal ana sendiri... tapi... no,no and no... for someone to love you, you must love someone... to give is to love.. :) kita tak boleh mengharapkan pengorbanan org lain jika kita sendiri tak nak berkorban.. kan manis kalau kita begitu.. ni ana nak share satu rahsia tentang cinta.. dalam hidup kita sepatutnya kita dahulukan 5 perkara ini...
  1. cinta kepada ALLAH
  2. cinta kepada RASUL
  3. cinta kepada IBUBAPA
  4. cinta kepada UMMAH
  5. cinta kepada KECEMERLANGAN
ingat, siapalah kita andai tiada yg ingat pada kita... asif ana ucapkan pd semua sahabat ana andai ana lupa utk mengingatkan antunna... asif kerana ana tak mampu...( contact no. hilang laa.. ;p , tapi bukan alasan yg kukuh sebenarnya,,)

UHIBBUKUMFILLAH