Sunday, July 31, 2011

Dia tiba lagi!!!!!

salam alaik,

asif lama tak tulis... aaaaahhhh!!! rasa nak jerit sebab yang ditunggu datang lagi dan ana sempat utk jumpa lagi...
siapa??? eleh macam tak tahu... RAMADHAN!!
kali ni pendek je kot.. just nak share lagu2 ramadan.. dengarlah dan hayatilah dan fikirlah dan kembalilah dan berapa banyak dan da..

harapan ramadhan- raihan &man bai

apakah ending ramadhan kali ini??

ramadan moon- yusuf islam& kawan2

gembirakah hati bila kita tahu ramadhan tiba??


welcome 0 ramadan- zain bikha

kembalilah dan sucikanlah dirimu....

ramadhan tiba! ramadhan tiba!
marhaban ya ramadhan, marhaban ya ramadhan!!

selamat beribadah
dan
selamat menyucikan diri kembali...
"RAMADHAN KAREEM!!!"

Sunday, July 10, 2011

yang tinggal cuma sebatang tubuh...



salam alaik,

ingat tak sebelum ni ana nk ckp pasal org prasan hebat? well, nilah sesuatu buat org yg prasan hebat, specially for YOU... bebaru ni ana dpt satu sms dari seorg sahabat ana. bila ana baca satu je perasaan ana.. aduh.. terpukulnya diri ini.. cuba baca:

"ingatlah wahai mata perjuangan Islam,
apabila diri kita telah disenaraikan
dalam saff perjuangan,
maka TABIAT generasi ini
mesti BERBEZA dgn generasi umum,
sahsiah mesti ditingkatkan,
akhlaq mesti dijaga,
fikrah mesti semakin jelas,
nilai ucapan dan kata2
biarlah berharga,
pandangan mestilah bernas,
kesungguhan bekerja dan merancang
mestilah semakin tinggi,
tabiat buruk mestilah dibuang,
sumbangan mestilah bertambah,
muhasabah diri sendiri
jgn dialpakan...
yakinlah Allah sentiasa melihat & mengetahui
segala urusan & gerak kerja kita...
sama2 berjihad
demi kemenangan Islam.
Rabbuna yusahhil..
-ukhti fillah-

berbahagialah mereka yang thabat dan kembalilah bagi yang tersasar dan ingatlah bagi yang lupa... dan kita tergolong dari yang mana??
sebenarnya bila ana baca sms ni, ana terasa aduh sungguh aku lupa pada apa yg sepatutnya... aku lupa apa yang penting... ana konon kata mahu berdiri dgn gah bagai pokok pain yang tak terusik dek angin tapi sebenarnya ana sudah jadi pokok willow yang terikut angin yang sempoi2..
hati ni rasa dah lama tak diisi, akal diberi tersilau dgn impian yang memang besar tapi masih jauh lagi sehingga lupa untuk mengukuhkan tiang2 asas dalam diri... ana hanyut dgn gelombang yang halus yang ana nampak cuma tak sedar akan kekuatan halusnya yang mampu membawa diri ini... ana lupa untuk meletakkan benteng, empangan pertahanan itu sebab ana sangka tiada bahaya yang membunuh...
keraskah hatiku??? butakah mata hatiku??? adakah ana telah jadi apa yang ana elakkan slama ni??? sungguh ana bersyukur ana masih menulis blog ni kerna ia mengingatkan ana apa yang ana lupa...
astarghfirullah... astarghfirullah... astarghfirullah...

berhati-hati. INGAT jatuhnya kita dan kalahnya kita bila kita rasa kita dah cukup selamat dan kuat... ingat, la haula wala quwata ila billahil 'aliyul 'azim...

'selamatkan dunia ini dari kekufuran,
selamatkan dunia ini dari kehancuran,
selamatkan anak2 dari kesesatan...
selamatkan dunia,
selamatkanlah...'

Sunday, July 3, 2011

ke arah pembetulan diri... REBOOT!!


salam alaik dari Nilai...

alhamdulillah dh hampir 3 minggu ana menyambung kembali pembelajaran ana.. alhadulillah juga kerana neuron2 yg Allah beri dh berfungsi semula cuma tak selaju dulu...

ok, org slalu tny, how's you're new life? so kali ni, dengan bosannya, ana nk citer pasal apa yg ana blajar dr my new campus life..[jawapan tak memenuhi kehendak soalan..]

alhamdulillah, Allah susun ana dpt tmpt yg agak juga menjaga bi'ah, cuma bab tarbiah... tak taulah.. mungkin kena kita yg hidupkan... di sini semua plajarnya adalah plajar sekolah agama, ambil teras agama... tp tulah.. nobody's perfect...
ok, ni citer yg ana nk share dgn antum.. mungkin sekadar renungan dan peringatan buat diri ana juga...
alkisahnya begini.. biasalah kami bila nk balik mesti nak naik bas.. semua nk cepat. penat, nk rehat. lapar, nk balik.. senang cakap semua tak sabar nk balik.. tepat jam 5 je, dh berderet org tunggu bas.. kami ni ramai.. skali naik, memang macam sardin tp lantaklah asal cepat sampai..
ana tak kisah berdiri tp kalo dpt duduk, alhamdulillah, rezki, tp cuma satu yg bagi ana sangat menyedihkan apabila lihat adegan nak naik bas ni... memang kami naik bas asing laki pompuan tp... macam nilah, ingat ana cakap semua org di sini ada asas agamakan??
tiap kali nak naik bas, ana akan ingat 2 benda. SATU iklan tol yg "janganlah memotong barisan, ikutlah dan tunggulah giliran anda.." dan yg KEDUAnya ialah adakah ini antara adegan di padang mahsyar nanti?? iyalah, semua dh nafsi- nafsi, tolak2 n malunya sampai pak cik bas pun tegur... entahla, bila org kata biasalah org luar.. ana tak rasa camtu.. bg ana mereka dah ada asas agama dalam diri. kenapa bila hal macam ni agama dicampak tepi.. mana ithar? mana rasa tolak ansur? maka ana tak hairan bila ada juga kalangan kami ni ada masalah hati dan nauzubillah min zalik masalah lebih besar dari tu...

harsh sangat ke ana?? rigid sangat ke ana?? ketahuilah saat ana tulis ni hati ana, ana rasa dh tercarik-carik, koyak robek... ketahuilah harshnya seseorg itu pd org lain lg harsh sebenarnya dia pada dirinya sendiri.. jiwa ana kacau sebab ana boleh rasa diri ana bertegang leher dgn prinsip ana yg hanya mahu ikut syariat dan hanya mahu Allah redha..

entri kali ni agak kasar dan sedih.. [bagi analah tp] harap maaf tp itulah realiti.. bukan ana tak faham cuma ana tak dapat terima... ana tulis ni sambil tersenyum tau.. tp senyum macam mne tafsir lah sendiri..

sungguh umat kini ibarat buih di lautan,
tidak boleh tidak kita kena mula dari bawah,
tidak boleh tidak kita kena bentuk peribadi..
apalah guna ilmu setinggi gunung,
seluas lautan biru,
kalau Islam tak mekar dan subur di dada..
celakalah org yang berilmu,
jika ilmu tak menguntungkan Islam,
celakalah org yg tahu akan agama,
jika agama itu tak menyelamatkan dia di akhirat,
dan celakalah aku kerna aku masih seperti dulu..

p/s: inilah peringatan buat diriku yang sering lupa... :')
next pasal org yg rasa diri terlebih bagus plak.. [ana la tu]