Friday, December 4, 2009

bertapa manisnya...


ALLAHUAKBAR!!!!

salam alaik semua,

akhirnya ana berkesempatan menulis lagi... tntg post ana yg sblm ini, usahlah dikomen lagi... ana tulis tu pun sebab... dah..dah..

ok lah, insya- allah kita semua terus maju ke depan... baru2 ni, ana terduduk dan terfikir... selama ana cuti ni.. :( mungkin salah ana juga.. tapi bertapa manisnya ukhuwwah itu andai kita saling ingat mengingati... ana bukan apa, dalam mengharungi samudera cuti ini... ana mengaku, ana bukanlah seorg pelayar yang baik dan cekap... kadang ana lalai... hampir tenggelam bahtera ana dibuatnya... apatah lagi bila ana lupa cara mengawal bahtera ana saat hujan ribut, taufan melanda... ana tak mampu berlayar sendiri...
mungkin memang salah ana, yelah ana pun tak tengok-tengokkan anak kapal ana sendiri... pelayar yg lain pun ana tak keep in touch... terlampau leka dalam kapal ana sendiri... tapi... no,no and no... for someone to love you, you must love someone... to give is to love.. :) kita tak boleh mengharapkan pengorbanan org lain jika kita sendiri tak nak berkorban.. kan manis kalau kita begitu.. ni ana nak share satu rahsia tentang cinta.. dalam hidup kita sepatutnya kita dahulukan 5 perkara ini...
  1. cinta kepada ALLAH
  2. cinta kepada RASUL
  3. cinta kepada IBUBAPA
  4. cinta kepada UMMAH
  5. cinta kepada KECEMERLANGAN
ingat, siapalah kita andai tiada yg ingat pada kita... asif ana ucapkan pd semua sahabat ana andai ana lupa utk mengingatkan antunna... asif kerana ana tak mampu...( contact no. hilang laa.. ;p , tapi bukan alasan yg kukuh sebenarnya,,)

UHIBBUKUMFILLAH

Tuesday, November 17, 2009

keliru.. aku keliru...




salam alaik semua,
cuti sekolah dah tiba sekali lagi, menandakan tahun ini bakal berakhir... dah lama ana tak menulis, heh.. sibuk skit hujung tahun ni.. baru- baru ni banyak perkara berlaku dalam hidup ana... entahlah... ana pun, nak cakap tentang perkara ni..tak layak.. tapi entah kenapa ana secara tak lansung terbabit skali...

isu ni tak lah besar sangat cuma apabila seorang remaja yang proses pentarbiahannya belum tamat lagi nak bincang isu ni.. agak tak sesuai laa.. secara ringkas ana gambarkan isu ini dalam bentuk sebuah cerita..[takde modal lain la tu..]
ini adalah sebuah cerita tentang kek coklat...[sebab ana ske kek ni so cita tentang kek ni la] baca dan renung bersama ya..


pada suatu masa lalu.. di sebuah negeri ada sebuah restoran 5 bintang yang terkenal.. satu hari raja negeri terbabit nak datang situ.. dia nak makan kek coklat restoran itu yang terkenal.. tapi raja ni agak cerewet.. dia nak kek coklat yang paling lazat.. lalu tukang masak2 di situ yg memang bertaraf profesional pun berbincang la diorang nak buat kek cam mana.. nak kukus ke bakar ke.. plain ke.. ada buah tambahan ke...

tapi mereka tak dapat kata putus.. ada yg bertengkar.. ada yg terus taknak tolong.. akhir nya kek yg sepatutnya boleh disiapkan dengan cepat mengambil masa yang sangat lama.. kek yg dapat dimasak dengan mudah andai semua tukang masak itu bekerja sama dan bantu-membantu, siap dengan lambat ... cuba fikir apa perasaan raja yang sedang menunggu itu...

post kali ni panjang sikit dan maaf andai ana terkasar bahasa pada semua yang membaca sama ada org itu ana sangat perlu hormati atau insan lain tapi... fikirkanlah wahai mereka yang mampu berfikir...



keliru, aku keliru..
arah mana harusku tuju..
keliru, aku keliru...
memilih tuhan yang satu...

bersama kita renung ayat ke-105 surah ali imran... tiada yg salah maka tak perlu bertengkar kerna kita semua inginkan ISLAM!!!!