Friday, March 12, 2010

aku bukan anak NUH


"... IMAN tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertaqwa..."
salam alaik,
stelah lama ana berdiam diri.. akhirnya ana berkesempatan
jua utk menulis... bebaru ni, ana byk lihat perkara yang
menyakit hati kecil yang melihat...
benar kata Ilahi, iman itu tak dapat diwarisi..

baru-baru ini, kita digemparkan dengan statement yg dkluarkan seorg pemimpin Hamas.. putus silaturrahim.. kadang kita fikir, bertapa prejudisnya beliau.. tapi cuba renung kembali, anak yang diputuskan itu adalah anak sulungnya, harapan keluarga..
bertapa pedihnya hati seorg bapa yg sibuk pertahankan agama yg tercinta, akhirnya anak sendiri menjadi gunting dalam lipatan.. dgn permutadannya, diikuti dengan penyataan bahawa dialah yg selama ini memberi maklumat pada musuh terkutuk agama Islam...

sudahlah sedemikian dia lakukan, kemudian, baru-baru ini, dia menerbitkan sebuah buku "son of hamas" . nah! kalau begitu andai antum sebagai bapanya atau ibunya, apa perasaan antum...

itu disana, kalau di sini, slalu kita lihat situasi yg lebih kurang seperti ini, ibarat kata orang, ayah ustaz, anak macam... sebenarnya bila difikir kembali, salah siapa sebenarnya???
adakah kejadian ini berlaku kerana ibu bapa yang sibuk menguruskan tarbiyyah org lain sampai anak sendiri tidak dilihat dan diasuh dengan baik.. atau kita sebagai anak, yg tidak cuba faham perjuangan ibu bapa kita.. asyik ingin ikut kemahuan sampai akal yg dikurniakan disalah gunakan...
org akan kata macam2... lagi2 ibu bapa yg asyik sibuk berdakwah, ini bukankah boleh dianggap sebagai satu fitnah... bagaimana kita nak suruh orang lain atau anak org lain jadi baik kalau anak kita sendiri tidak settle... memang mungkin cara kita berkesan tapi ingat, Qudwah QABLA Dakwah... kita sebagai dai'e perlu jadi role model, jgn paksa, bimbing.. anak itu hatinya masih lembut.. nampak je keras tapi hati mereka sangat senag terguris, lagi2 kalau yg lakukan tu ibu ayah mereka sendiri... ingatlah, kita boleh paksa org ikut ckp kita tp kita takkan mampu paksa mereka suka apa yg kita suka... jadi perhati betul2 kadang anak ni dpn kita baik macam malaikat tapibelakang kita Allah je yg tahu.. maka gunalah cara terbaik wahai ibu ayah penaung hidup kami anak-anakmu...
buat anak2, macam2 mak ayah kita buat utk kita, mungkin bg mrk yg familinya terkenal dgn akhlaq dan pribadi yg mantap, akan rasa tertekan, org asyik membanding beza kita dgn yg lain... tapi pernahkah antum terfikir bahawa Allah telah menunjukkan 2 jalan utk kita pilih, kenapa pilih yg bengkang- bengkok sedang ada jalan yg lurus, kenapa pilih cicak kalau antum boleh jadi naga.. memangla agak sukar jalan itu, byk perlu kita korbankan tapi tak mahu ke tawaran di hujung jalan nanti...

maaf post ni agak panjang dan ana tak sambung lagi post sebelum ni tapi.. itulah, cuma nak ajak kita berfikir sebenarnya masih byk perkara kita tak settle lagi... asif mak dan ayah kalau ana tak mampu menjadi yang terbaik...

Monday, December 21, 2009

keluarga itu permulaan tarbiyyah



salam alaik,
bebaru ni, ana ada ikut satu kem.. dalam kem tu ana t'sedar, ya Allah bertapa bertuahnya ana dilahirkan dalam keluarga muslim... sungguh, memang utk melahirkan seorg peribadi muslim yg mulia, tarbiyyah seseorg itu kena b'mula dr dlm keluarganya sendiri...

ini kerana, bak sabda ar- rasul, anak yg dilahirkan ibarat kain putih, ibu bapa lah yg b'tanggungjawab mewarnainya, samada muslim, nasrani, yahudi, etc..

antara perkara penting yg perlu ditanam dalam diri ialah 10 ciri peribadi muslim...apa yee 10 ciri peribadi muslim tu???
di sini ana nak kongsi beberapa pengalaman ana...
inilah didikan pertama ana terima tentang Islam...

  1. aqidah yang sejahtera

time kecik dulu mak ana slalu kata, jgn buat benda tu.. etc.. Allah tak suke, malaikat catit.. buat la apa yang awak suka asal tak langgar syarak.. Allah tu tuhan kite.. etc. dan juga ingatan ahli keluarga yg lain.. hehe.. kadang2 berontak jugak tapi alhamdulillah, dari situ aqidah t'jamin, cerita pelik2 kat tv pasti dipantau agar tak lari dari landasan syariat..


2. ibadah yang sohih

ni lagi satu citer klakar, time otak tak btul lagi tapi dah byk akal nak curi tulang, time tu kalau balik kampung, kan rumah kayu, jd mesti kalau gerak berdetum, jd time tu ana hehe.. malas skit laa nak solat.. jd budak tu apabila tibe time solat masuk toilet basahkan muke, masuk bilik hentak2 kaki pastu keluar konon dah solat, tapi kantoi jugak last2.. akhirnya, time tu yg check abg ana, kenalah lecture free.. baru juga sedar solat dan ibadah yg lain bukan skadar p'gerakkan tapi kerana Allah... ana time tu darjah 1 tau..

3. akhlaq yang mantap

ana ngan adik- beradik dulu slalu diperingatkan, akhlaq jaga. kita muslim, org pandang.. jgn ikut org yg perangai pelik2 tu( ni bahasa ana sndr)ingat Allah itu cantik dan dia suka perkara yg cantik... kini, kami, insya-Allah.. sedar kepentingan Akhlaq itu.. ingat kata2 ni.. seorg mungkin boleh berubah dgn kata2 yg baik tapi 1000 org boleh berubah dgn akhlaq yg baik...

to be continue...

inilah peringatan buat diriku yang sering lupa..