Wednesday, May 18, 2011

ke arah yang tidak pasti...

salam alaik,

dalam tempoh terdekat ini, ramai kawan2 ana akan memulakan study mereka. tak kiralah matriks or asasi... satu harapan agar mereka kekal di jalan-Nya..
ana?? ramai juga tanya ke mana? dapat apa? jawapannya cuma satu buat masa ini.. hanya Allah yang tahu.. ana tak tahu sama ada ana ni boleh masuk kategori bijak or sebaliknya.. kenapa??

macam nilah... sebelum ni ana pernah cakap yang ana anggap spm itu sijil pandangan manusia bukan? my point of view is still the same just that when I rethink about it, I'm making a big gamble.. yelah, satu pencaturan yang besar kerana dunia tidak mengenali siapa ana.. memang orang kata kita tak boleh mengadili seseorang base on its cover but there's too many people in this world, not to mention about 2 million of it in Malaysia..
tulahkan.. it takes patience and keen eyes to differentiate and polish a raw diamond to be beautiful enough for us to wear to beautify ourselves.

cakap pasal unpolished diamond ni, ana teringat sorg sahabat nabi ni... siapa kenal abu hurairah?? sape yg selalu baca hadith pasti kenal sebab beliau adalah sahabat nabi yg paling byk merawi hadith...

setiap org ada kelebihannya. Allah itu adil. setiap kekurangan kita pasti dicover dengan kelebihan yang lain.. macam Abu Hurairah ni... buat pengetahuan semua, Abu Hurairah bukanlah dalam kalangan sahabat nabi yang tajam fikirannya seperti Abu Bakr, Umar and others. dia sedar dan dia tak malu utk minta padaAllah dan pd ar-Rasul utk mohon juga pd Allah agar dia diberi kelebihan... akhirnya Allah kurniakan dia kekuatan ingatan.. kalau nak tahu Abu Hurairah pernah dikenali sebagai mesin photostat manusia sbb apa saja yg dia lihat or dengar, apa saja input akan kekal dalam memorinya...


memangla kita akan kata.. ala beliau boleh minta rasul doa, kita?? hello... ingat Allah akan sentiasa makbulkan doa kita kalau kita tak malu minta padaNya cuma tengok sabar mana kita...[meminta tu buatlah cara meminta...] dan lagi satu, walau kita tak pernah jumpa nabi dan tak berkesempatan minta tolong darinya tapi ingatlah, jika kita berjaya sekarang kita mampu jadi lebih hebat dari para sahabat kerana kita berjaya tanpa ar-Rasul di sisi. tu sebab Rasul kata kita umat akhior zaman ni seperti keluarganya... nak tak nak, kita tentukan...
ntahla.. ana pon tak tahu apa kesinambungan cerita ni dengan apa yang ana nak sampaikn cuma ingatlah, apa pun keputusan dan hala tuju kita, kita yang tentukan..

"orang yang tak pernah jatuh tidak akan tahu cara terbaik untuk dia bangun dari jatuhnya... "
inilah peringatan buat diriku yang sering lupa...

Tuesday, March 15, 2011

terbang mencari Cinta Ilahi...


salam alaik,

asif sbb lama x buat post baru... asyik kena block je...
baru2 ni kami, generasi pengambil Sijil Pandangan Manusia telah mengambil keputusan kami... ana dpt brape??? jwpn yg sama macam akhir 2008 dulu... mungkin ini yg terbaik utk ana yg Allah tetapkan..

cuma satu yg ana blajar dr periksa kali ni adlh ana tak boleh sesekali lupa Allah... ntahla.. ana rasa byk2 tahun ana blajar dr kecik sampai besar ni 2 tahun yg latest ni adlh tahun ana paling lagho... ana cuma harap ana dpt kembalikn kekuatan ana sblm hadapi dunia luar... pray 4 me that I never forget my Lord... don't wanna...

ramai tanya lepas ni nak sambung apa... soalan wajib utk kami lepasan SPM... dalam menentukan apa yg kita nak buat lps ni, ske ana ingtkn fokus dan skop kita kena BESAR... Bg yg dpt result bukan seperti yg dijangkakn or dpt result yg... [faham2 je laa..] jgn terkongkong dgn bygn kegagalan hidup... igt org yg bercita2 besar cabaran dia besar juga. cuma samada kita mengalah or teruskn perjuangan.. abg ana ada igtkn ana ttg satu kata2 Hassan al-banna:

"jgnlah kamu berputus asa, sesungguhnya berputus asa itu bukan drpd akhlak seorg MUSLIM"

igt kemulian kita bukan diukur dari pandangan manusia... mulia kita hanya utk Allah dan cita2 kita sedikit sebyk mempegaruhinya.. mungkin ada tak jelas apa ana nk kata sbnrnya.. camni la ana bawa satu cerita/analogi... [yg pernah skola ngan ana mungkin pernah dgr..]

satu hari ada seorg budak kecik ni.. dia lalu di satu jalan utk ke kedai.. dalam perjalanan dia nampak seorg lelaki di tpk pembinaan tgh memasukkn pasir dan benda kelabu ke dalam mangkuk besar yg berpusing.. lelaki tu tekun buat kerja... budak tu terpesona dan juga musykil apa lelaki tu buat. maka dia pon jerit "bang! Abang buat apa tu??" lelaki tu jawab dia tgh bancuh simen.. bdk tu pon smbg pjln ke kedai.. ketika pulang, dia nampak seorg lelaki lain di tmpt yg sama tgh bermain dgn kereta mainan besar.. dia pelik lalu tny soalan yg sama.. lelaki tu kata dia tgh bw pasir dr satu tmpt ke tmpt lain menggunakan kereta sorong.. budak tu angguk dan pergi.. petang tu ketika dia ke pdg, dia nmpk pak cik lain tgh khusyuk main susun2 batu dan tanah kelabu... dia pon tny soalan biasa. pak cik tu jwb dia tgh bina menara... budak tu termenung pastu tersenyum sblm dia teruskn pjlnn ke padang...

dapat tak apa ana nk sampaikn?? dlm menentukn arah hidup kita, kita kena bercita2 besar.. bukan skadar nak jd pembancuh simen or pengangkut pasir or doktor pakar or engineer or... [pandai2 la sambung pekerjaan2 lain] jd lah sprt pak cik penyusun bata yg bukan skdr nk wat dinding tp nk bina menara...

maka apa cita2mu kawan??
'cita2 Islam tidak akan didukung melainkan org yg hammasah [kuat semangat] dan banyak beramal...