Saturday, January 3, 2009

hari baru..


tahun baru bermakna bermula lagi kisah hidup kita di medan ilmu. tapi jangan lupa tak kira dimana kita berada, kita tetap akan pelajari sesuatu. yang penting jangan biarkan kotak minda kita tertutup. lihat di sekeliling kita. ada saja yang tuhan nak beritahu. namun semua itu terpulang dari apa kita tafsirkan. sama ada kita seorang yg optimis atau pesimis.

oh ya ckp fasal pesimis optimis ni, ana baru ingat satu cerita.. agak kelakar laa tapi macam yg ana ckp td, buka minda dan lihat apa yg kita boleh blajar. cerita dia camni..

pada satu masa tu, di sebuah hospital sakit jiwa, tinggal 2 org sahabat baik. konon laa nama diorang Meg dan John. satu hari tu, mereka berdua telah pergi berenang di kolam renang. tapi malangnya Meg tidak tahu berenang. dia hampir lemas di dalam kolam itu. john ternampak Meg terkapai-kapai di dalam kolam terus berenang mutk menyelamatkan Meg. akhirnya Meg berjaya diselamatkan.kejadian ini telah dilaporkan pd dr. yg merawat John.
malangnya, pada keesokkan harinya, mayat Meg telah ditemui tergantung di biliknya. kejadian ini mengejutkan seisi hospital. John telah dipanggil dr. nya. doktornya berkata bergini; "john kami amat terharu dgn tindakan kamu menyelamatkan Meg tempoh hari. ini menyebabkan pihak hospital bercadang melepaskan kamu. tapi malangnya nasib kawan kamu Meg, dia telah ditemui tergantung di biliknya.." tapi apa yg mengejutkan doktor itu ialah apabila John dgn selamba menjawab "oh saya tahu. selepas saya selamatkan dia semalam, Meg kata dia sejuk. jadi saya gantungkan dia biar dia cepat kering..."

skarg cuba fikirkan apa perasaan antum kalau antum adalah ahli keluarga Meg.. ana akan berikan pendapat ana tentang hal ini bila ana menulis kembali.. berikan jawapan antum dlm komen...

1 comment: