Friday, September 18, 2009

belon ramadhan



salam alaik,


ramadan baru sahaj meninggalkan kita semua..

ana pasti kita semua telah cuba merebut semua peluang yang ada.. tapi... berkualitikah amalan kita, atau cuma berkuantiti

cuba kita fikir kembali, andai kuantiti menjadi ukuran bolehkah antum selesaikan masalah ini...


antum diberi 10 belon kosong dan antum perlu meletakan seberapa banyak belon yang boleh pada sebuah dulang sehingga dulang itu menjadi lebih berat dari sebiji durian yang sederhana saiznya...

maka apa yang akan antum lakukan??


adakah antum akan isi kesemua belon itu dengan udara dan meletakkannya di atas dulang itu seraya berharap dulang itu lagi berat dari durian..



atau antum cuma isi air kedalam beberapa biji belon tadi dan kemudian meletakkannya keatas dulang sehingga antum pasti dulang itu cukup berat...


maka apakah selepas antum berjaya menyelesaikan masalah ini antum masih yakin kuantiti mampu mengatasi kualiti?? apalah sangat belon yang berisi angin jika dibanding belon berisi air

maka fikirkanlah wahai sahabat ana semua.. apakah amalan kita di bulan ramadan lepas mampu memberatkan mizan kita di sana...
FIKIRKANLAH WAHAI MEREKA YANG MAMPU BERFIKIR

No comments:

Post a Comment