Thursday, December 30, 2010

aku anak tak tahu erti bersyukur


salam alaik,
baru2 ni ana mula kerja sebagai seorg guru. ajar apa dan di mana.. biarlah rahsia, tak tambah amal pun kalau tahu... alang2 ana jd guru di situ, apa lagi ana serang la library dia... jd guru ni byk benefits antaranya no limitation for borrowing [ well, as long as i return i them back] tapi mungkin buat masa ni je kot atau kat skola tu je kot... entah la malas nak cakap banyak... tapi yang ana nak kongsi ni adalah satu poem ana jumpa dalam buku element of literature jilid, brape carila..

Those Winter Sundays
-RobertHayden-

Sundays too my father got up early
and put his clothes on in the
blueblack cold,
then with cracked hands that ached
from labor in the weekday weather
made
banked fires blaze. No one ever
thanked him.
I'd wake and hear the cold splintering,
breaking.
When the rooms were warm, he'd call,
and slowly I would rise and dress,
fearing the chronic angers of
that house,
speaking indifferently to him,
who had driven out the cold
and polished my good shoes as well.
What did I know, what did I know
of love's austere and lonely offices?


poem ni mengingatkan bertapa kadang2 kita sebagai anak ni jarang bersyukur dengan nikmat ibu bapa yang kita ada... sering saje kita mengeluh, memberontak dalam diam... ntah laa.. kadang2 kita kesian kat mak ayah kita tp kita tetap buat... dan diorg tetap sabar, sayang kita bagai kitalah dunia mereka... dan kita?? kita ni minta itu, minta ini.. laju je mulut tapi bila mereka minta ambilkan air sambil kita sedang asyik lakukan sesuatu.. astargfirullah.. kita tetap buat tapi mulut ni kadang keluar bunyi yang mengecewakan kalau kita mendengar... tapi mak ayah kita .. ana suarakan je yang ana perlu something.. malam tu juga diorg hantar.. bila ana kata menyusahkan mak ayah diorg cakap bukannye ana kat US sampai tak leh hantar... itu kisah ana.. antum pula?? mesti antum baikkan pada ibu bapa antum.. jgn jd macam ana tapi jadilah seperti salah seorang pemuda yg terperangkap di dalam gua...

ingat pesan ar-Rasul, berbakti terhadap ibu bapa dan beramal baik terhadap mereka lebih penting dari jihad dan segalanya.. well next to Allah that is.. akhir kata buat mereka yang punya ibu bapa lagi, pergilah kepada mereka.. ciumlah, peluklah mereka sementara mereka masih hidup dan ucapkan sayang.. jgn malu utk mengatakan sayang pada ibu bapa kerna tiada malu dalam berkasih bersama mereka...dan mereka yang sudah tiada ibu atau ayah atau keduanya sekali.. doakanlah utk mereka.. jgn lupakan mereka dalam kesibukkan kita mengejar dunia dan akhirat kerna apabila anak adam mati terputus segala amal kecuali tiga dan DOA ANAK SOLEH antara penerus amal mereka... ingatlah kerna merekalah permulaan kita...

ucapkan kasih,
ucapkan sayang,
pintalah jua kemaafan,
kerana redha Allah bersama redha mereka...
SAYA SAYANG MAK DAN AYAH!!!
p/s: maafkan ana atas semua kesilapan..

Thursday, December 16, 2010

tangkaplah kembali...


salam alaik,

hai... hari ini burung itu telah bebas. bebas dari sangkar yang selama ini mengongkongnya, memaksa dia lakukan apa yang dia tidak inginkan... bebaslah burung itu tapi bahagiakah pemiliknya?? kerana burung itu tidak mampu hidup sendiri... terbangnya lambat, takut2 disambar si pemangsa saja.. malah burung itu tidak mahir lagi mencari makanan dan minumannya sendiri.. takut dia mati kebuluran... aku pemiliknya... aku tidak mahu dia mati lalu apa harus aku lakukan kerana sangkar itu sudah tidak muat untuk dirinya, tidak mampu menjaga dirinya... kejamkah aku andai aku mencari sangkar baru untuk mengurung dirinya???

saat ana terfikir akan hal itu, terus terlintas di hati ana, begitulah halnya akan jiwa ana.. hari ini telah tamat satu sesi pentarbiyahan khusus di mana ana tidak akan mampu lagi mengulanginya.. bererti sangkar tarbiyah itu sudah tidak mampu mengongkong nafsu ana dan menjaga jiwa ana... ana tidak mahu disambar arus hedonisme dan tidak mahu membiarkan penyakit wahan yang semakin hari semakin teruk dalam hati ini.. tidak, ana tidak mahu.. ana juga mahukan agar hati ini subur dengan makanan dan minuman yang sepatutnya..

lalu,setelah difikir kembali. ana, tidak boleh tidak perlu mencari sangkar tarbiyah yang baru, yang sesuai dengan hati ini kerana matinya hati ini bermakna kalahnya seorang hamba dalam mencari redha-Nya dan menangnya si durjana dalam menjatuhkan hamba-Nya...

itu ana.. lalu buat sahabat ana yang mungkin membaca post ini... satu saja pesanan..
andai burung milikmu itu sudah terlepas tak kira baru sahaja atau sudah lama.. tangkaplah ia kembali sebelum ia mati.. dan mereka yang punya burung masih dalam sangkar jagalah ia sebaiknya, pastikan ia makan apa yang diberi dan moga burung kita semua kekal hidup untuk dipersembahkan pada Sang Raja nanti...

Saturday, December 11, 2010

pergilah kasih, pergilah sayang...

salam alaik,
alhamdulillah dalam beberapa hari lagi pertarungan dalam mencapai pangkat terbaik individu dalam SIJIL PANDANGAN MANUSIA akan berakhir... tapi saat itu juga menandakan berakhirnya saat ana akan bersama teman2 seperjuangan... teman yang ada ana kenal seawal usia 6 tahun lagi.. entah bila kita akan bersua kembali...
begitu juga dengan guru2 yang telah banyak menabur jasa. mengajar ana apa itu kehidupan dan apa itu pengorbanan... jasamu takkan dapat ana ganti walau ana punya harta sebesar matahari dan bulan... moga Allah merahmati dan menjaga kalian di atas jalan yang benar sentiasa hingga ke akhirnya...


tamatnya hari itu, bermakna gradusinya ana dari madrasah yang mengenalkan ana apa itu tarbiyah yang sebenarnya.. madrasah yang juga mengenalkan ana akan hakikat manusia itu tidak sempurna walau dia seorang guru yang paling ana sanjungi... ana cuma mengharap agar mereka yang ana sayang itu kembali pada al-Quran.. bukan pada sesetengah ayat tapi ke seluruhan al-quran itu sendiri dan juga hadits ar-Rasul... robeknya jiwa, koyaknya hati, hancurnya diri saat melihat sesuatu yang kita sama2 ingin bina mula jatuh tanpa kita sedari akibat ketaksuban dan ketidak sabaran kita... maaf adik2 yang ana kasihi andai ana zalimi hak antum & antunna dalam mencapai tarbiyah yang terbaik utk diri antum & antunna.. asif..
buat teman semua, ana doakan kita semua dapat apa yang paling baik di sisi Allah untuk kita dan ana doa kita semua punya iman yang teguh dalam menghadapi apa jua keputusan yang telah Allah tetapkan.. amin... agar kita antara yang bersyukur..

Wednesday, November 17, 2010

-anger managment program-


salam alaik,

for this post I'll be writing in English. hope you don't mind and please don't bother about the grammar.. I know I'm kind of BAD at it..

anger.. all of the creatures that ever exist in this blue globe have this kind of feeling. yes, even animals. people tend to exert their anger on many occasions. yes even the cool ol' me has that feeling deep down inside. you might wonder why on earth I want to write about this. even though with the SPM just around the corner.
well let just say that I wish not to ponder too long on the SIJIL PANDANGAN MANUSIA.. hey every human beings are bright in their own ways right? it's not about whether you'll be getting straight A+s or none at all. remember and keep this in mind, we only live for our LORD. not the parents( although we should try to cherish them in any ways that are possible) , not the teachers, not even the so called society. nope. we live to glorify our LORD. that's mean we still must try our best but don't lose yourself at it... okay I think I've been a long way astray from the topic..
the prophet once being asked to give an advice.. a simple advice.. well, do you know what he said.. it is simple alright. only consist of three word..
don't be angry..
(is that a 4 words sentences?? never mind..)

as stated by imam an-Nawawi; a MOSLEM is those who has great characteristics, gentle, shy, humble, loving to others, has a true man virtue that is has the guts to bear difficulty, will not hurt others, give forgiveness when he has the right to be return it, patient over distress, could control his anger when others made mistakes toward him and can show a happy face on every occasions...
urgh.. it's truly hard to be a moslem.. it's seem like we must be absolutely good, trough and trough.. but we do live for Allah, not for ourselves(where you get that in mind) so it's not absurd to think that we must a least try to fulfill all those above and don't ever forget the DOs and DON'Ts. o, I totally forgot, ar-Rasul never get angry but none can get in his way when it came about Allah's sake.. get it..
well let' try to our best.. it's not easy on me too.. those who know the true me may understand and I seek all of your forgiveness if ever I hurt you all mental and physical.. :p wish me luck in the coming exam and to all you too for the never ending test of Dunya.. ganbatte!!
(this one post sure a loooooooong one, anyway thanks for reading it!)

Wednesday, September 8, 2010

sekadar ganjaran atau cinta..

salam alaik,

saat ana menulis ini, bulan yang disayangi seluruh umat Islam bakal meninggalkan kita.. asif ye lambat update.. sibuk trial dunia.. dan saat ana post bulan itu telah meninggalkan kita..entah bila bakal bersua.. moga dengan tiba syawal kita koreksi diri kita kembali..

cukupkah segala ibadah kita..
hmm.. berkata tentang ibadah, baru2 ini ana diminta mengupas tentang sesuatu.. saat itu tanpa sedar ana terfikir akan hakikat sebenar kita beribadah..

ana nak ajak antum berfikir kenapa sebenarnya kita beribadah.. apa matlamat sebenar kita.. apa yang kita nak di akhir perjuangan kita nanti... sedarkah antum dalam diam sebenarnya kita tersilau dengan ganjaran yang BOSS kita janjikan, tapi apakah yang Tuhan kita nak kita sedar.. kita sering berkata bahawa dalam Islam penekanan tauhid rububiyyah itu dan tauhid uluhiyyah itu penting. tapi sedar tak kita yang ssebenarnya hampir kebanyakkan kita masih belum mampu mencapai tahap uluhiyyah yang sebenar...


apa itu uluhiyyah? ana rasa kebanyakkan kita tah apa maknanya. tapi secara ringkas bagi yang tidak tahu, uluhiyyah itu umpama satu hubungan atas dasar cinta semata.. antara kita dan Kekasih kita.. Tuhan kita.. rububiyyah pula umpama hubungan antara Boss dan pekerjaNya.. aka hambaNya, kita..


bagi ana antara dua ini.. tak pelah antum cuba try tafsir apa ana nak sampaikan.. mana antum rasa lagi manis..

andai antum mempunyai seorang pekerja, siang malam dia bekerja demi antum.. kerana antum suruh dia bekerja dan kalo dia buat maka dia dapat ganjaran kalo dia ingkar antum akan hukum dia.. maka dia beramal.. ops, maka dia bekerja kerana nak ganjaran dan kerana takut antum akan hukum dia.. dia korban masa, penat lelah utk antum agar antum gembira dan beri ganjaran lebih... sayang tak antum pada pekerja antum yang taat ini?? mestilah kan sebab apa antum minta dia akan tunaikan..

ok, situasi kedua, antum masih punya seorang pekerja tapi orang ni dia tetap lakukan segala yang antum minta bukan kerana antum akan beri ganjaran padanya tapi kerana dia sayang antum dan dia nak antum gembira dan dia akan berasa sangat gembira jika antum pun sayang dia.. dia tak kisah seburuk mana layanan antum pada dia, dia tak kisah antum nak hukum dia walau dia dah buat yang terbaik kerana rasa cintanya pada antum melebihi segalanya.. nah kalau pekerja begini pula sayang tak antum??


mana antum lebih sayang?? Allah itu mulia, kemulianNya mengatasi segalanya... maka setakat mana kita beramal utkNya?? ana cuma menulis mengajak kita semua berfikir apakah tahap amal kita selama ini...fikirkanlah...


akhir kata, selamat beribadah dan selamat merayakan hari kemenangan kita setelah diuji selama sebulan dengan gembira... kalaulah kita layak utk merayakannya... dan persiapkanlah diri kita seperti mana sahabat utk ramadhan hadapan.. kalau kita dapat bersua..

apa pun selamat hari raya!!! minal aidin wal faizin..
berkata ar-Rasul: barangsiapa yang menghidupkan
kedua2 malam raya, hatinya tidak akan mati
pada hari matinya hati-hati...

Tuesday, June 8, 2010

biarkan apa mereka kata...

salam pertemuan,
alhamdulillah setelah sekian kali mencuba ana dapat juga access blog ana. okla, ana sebenarnya baru tamat perkhemahan tahunan tahun akhir ana, cuma tahun ni kami tak bersama pljr maahad. banyak ana belajar, tentang ukhuwwah, tentang pengorbanan, tentang berfikir...
mungkin aan share lain kali.. hehe.. insya-Allah!!!
ok, sebenarnya ana nak kongsi satu cerita bersempena sukan tahunan yg berlaku lbh kurang bln4 hari tu..lamakan.. nak update time tu tp Allah juga merancang.. time tu agak bebas interaksi antara lain jantina.. alhamdulillah, Allah jaga ana.. tp dlm nak menjaga ada yg kata ana ni agak jumud.. nape yek??

ok la, cakap pasal ikhtilat ni, ana nak kongsi satu citer... dah lama ana nak citer sebenarnya..

citernya bermula begini.. ada satu perkhemahan pljr f2 (perkhemahan lg) tahun tu memang tema perkhemahan tu anti ikhtilat.. maka bermacam2 aktiviti dilakukan utk banteras ikhtilat yg agak menjadi2 pd batch itu.. time jungle trackking, jawab soalan pasal ikhtilat, persembahan pasal ikhtilat, bahkan lagu tema pun sama.. ok, kisah ni berlaku time perbentangan soalan & jawapan bg soalan yg diterima time jungle trekking..

first, kita bayang ye average perangai budak f2 camne, x matured, gila2, ske main, dan jarang ada yg serius..

kembali pada citer, ok, ajk telah tetapkan hanya 2 group banin dan 2group banat jer yg bentang dan group ni dah ditetapkan dari awal ikut perangai diorang.. baiklah, group terakhir yg bentang adalah group banat yg org kata baik ni.. sebaik saje org terakhir mereka abis bentang jawapan pasal chatting, tibe2 sorang ajk banin ni tanya soalan kat budak tu( rule: ajk banin tanya banin, ajk banat tanya banat, mllmh tanya 2-2) so sume org terkejut tp mllmh bg dia tanya, soalan dia: "jd chat nt kata x boleh tapi kalo utk dakwah cnth org ni nak dakwah banat ni, bukan atas sebab tak elok tp atas sebab baik.. macam tu boleh la kan??"

ok, kalau antum jawab ape?? ingat ni BUDAK FORM 2...
nak tau budak tu jawab apa?? hehehe.. okla.. maka budak tu dgn confidentnye cakap camni.. [siap tak nak kawan tolong lagi tu.. ish4] : chatting banin banat tetap tak boleh, kalau nak chat sangat atas sebab dakwah, banin selesaikan hal banin, banat selesaikan hal banat.. dah settle hal kaum masing2 baru bole sibuk kaum lain!!

huh terpanakan... bagaimana seorang adik kecil boleh mempunyai prinsip begitu dan tegas menyatakannya... kalau kita bagaimana?? adakah masih ragu2, ikut kehendak nafsu yg membutakan akal agar syara' mengikut kita bukan sebaliknya... ana tak tahulah antum, tapi kalau ana, ana sokong 100% apa yg dinyatakan adik tu..ingat syaitan tak pernah berhenti menggoda kita, mencari peluang di mana saja... antara tactic paling ampuh adalah IKHTILAT.. kan banyak kita dengar kes zina berleluasa skrg.. dari yg kecik hingga besar.. dari yg bermasalah hingga ke yg elok tarbiyah.. ingat kita tak tahu apa yg akan berlaku nanti... maka fikirlah apa yg terbaik utk diri kita...
Allahumma `auzubina minal fitnatud dunya...

Friday, March 12, 2010

aku bukan anak NUH


"... IMAN tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertaqwa..."
salam alaik,
stelah lama ana berdiam diri.. akhirnya ana berkesempatan
jua utk menulis... bebaru ni, ana byk lihat perkara yang
menyakit hati kecil yang melihat...
benar kata Ilahi, iman itu tak dapat diwarisi..

baru-baru ini, kita digemparkan dengan statement yg dkluarkan seorg pemimpin Hamas.. putus silaturrahim.. kadang kita fikir, bertapa prejudisnya beliau.. tapi cuba renung kembali, anak yang diputuskan itu adalah anak sulungnya, harapan keluarga..
bertapa pedihnya hati seorg bapa yg sibuk pertahankan agama yg tercinta, akhirnya anak sendiri menjadi gunting dalam lipatan.. dgn permutadannya, diikuti dengan penyataan bahawa dialah yg selama ini memberi maklumat pada musuh terkutuk agama Islam...

sudahlah sedemikian dia lakukan, kemudian, baru-baru ini, dia menerbitkan sebuah buku "son of hamas" . nah! kalau begitu andai antum sebagai bapanya atau ibunya, apa perasaan antum...

itu disana, kalau di sini, slalu kita lihat situasi yg lebih kurang seperti ini, ibarat kata orang, ayah ustaz, anak macam... sebenarnya bila difikir kembali, salah siapa sebenarnya???
adakah kejadian ini berlaku kerana ibu bapa yang sibuk menguruskan tarbiyyah org lain sampai anak sendiri tidak dilihat dan diasuh dengan baik.. atau kita sebagai anak, yg tidak cuba faham perjuangan ibu bapa kita.. asyik ingin ikut kemahuan sampai akal yg dikurniakan disalah gunakan...
org akan kata macam2... lagi2 ibu bapa yg asyik sibuk berdakwah, ini bukankah boleh dianggap sebagai satu fitnah... bagaimana kita nak suruh orang lain atau anak org lain jadi baik kalau anak kita sendiri tidak settle... memang mungkin cara kita berkesan tapi ingat, Qudwah QABLA Dakwah... kita sebagai dai'e perlu jadi role model, jgn paksa, bimbing.. anak itu hatinya masih lembut.. nampak je keras tapi hati mereka sangat senag terguris, lagi2 kalau yg lakukan tu ibu ayah mereka sendiri... ingatlah, kita boleh paksa org ikut ckp kita tp kita takkan mampu paksa mereka suka apa yg kita suka... jadi perhati betul2 kadang anak ni dpn kita baik macam malaikat tapibelakang kita Allah je yg tahu.. maka gunalah cara terbaik wahai ibu ayah penaung hidup kami anak-anakmu...
buat anak2, macam2 mak ayah kita buat utk kita, mungkin bg mrk yg familinya terkenal dgn akhlaq dan pribadi yg mantap, akan rasa tertekan, org asyik membanding beza kita dgn yg lain... tapi pernahkah antum terfikir bahawa Allah telah menunjukkan 2 jalan utk kita pilih, kenapa pilih yg bengkang- bengkok sedang ada jalan yg lurus, kenapa pilih cicak kalau antum boleh jadi naga.. memangla agak sukar jalan itu, byk perlu kita korbankan tapi tak mahu ke tawaran di hujung jalan nanti...

maaf post ni agak panjang dan ana tak sambung lagi post sebelum ni tapi.. itulah, cuma nak ajak kita berfikir sebenarnya masih byk perkara kita tak settle lagi... asif mak dan ayah kalau ana tak mampu menjadi yang terbaik...