Thursday, December 16, 2010

tangkaplah kembali...


salam alaik,

hai... hari ini burung itu telah bebas. bebas dari sangkar yang selama ini mengongkongnya, memaksa dia lakukan apa yang dia tidak inginkan... bebaslah burung itu tapi bahagiakah pemiliknya?? kerana burung itu tidak mampu hidup sendiri... terbangnya lambat, takut2 disambar si pemangsa saja.. malah burung itu tidak mahir lagi mencari makanan dan minumannya sendiri.. takut dia mati kebuluran... aku pemiliknya... aku tidak mahu dia mati lalu apa harus aku lakukan kerana sangkar itu sudah tidak muat untuk dirinya, tidak mampu menjaga dirinya... kejamkah aku andai aku mencari sangkar baru untuk mengurung dirinya???

saat ana terfikir akan hal itu, terus terlintas di hati ana, begitulah halnya akan jiwa ana.. hari ini telah tamat satu sesi pentarbiyahan khusus di mana ana tidak akan mampu lagi mengulanginya.. bererti sangkar tarbiyah itu sudah tidak mampu mengongkong nafsu ana dan menjaga jiwa ana... ana tidak mahu disambar arus hedonisme dan tidak mahu membiarkan penyakit wahan yang semakin hari semakin teruk dalam hati ini.. tidak, ana tidak mahu.. ana juga mahukan agar hati ini subur dengan makanan dan minuman yang sepatutnya..

lalu,setelah difikir kembali. ana, tidak boleh tidak perlu mencari sangkar tarbiyah yang baru, yang sesuai dengan hati ini kerana matinya hati ini bermakna kalahnya seorang hamba dalam mencari redha-Nya dan menangnya si durjana dalam menjatuhkan hamba-Nya...

itu ana.. lalu buat sahabat ana yang mungkin membaca post ini... satu saja pesanan..
andai burung milikmu itu sudah terlepas tak kira baru sahaja atau sudah lama.. tangkaplah ia kembali sebelum ia mati.. dan mereka yang punya burung masih dalam sangkar jagalah ia sebaiknya, pastikan ia makan apa yang diberi dan moga burung kita semua kekal hidup untuk dipersembahkan pada Sang Raja nanti...

No comments:

Post a Comment