Thursday, December 30, 2010

aku anak tak tahu erti bersyukur


salam alaik,
baru2 ni ana mula kerja sebagai seorg guru. ajar apa dan di mana.. biarlah rahsia, tak tambah amal pun kalau tahu... alang2 ana jd guru di situ, apa lagi ana serang la library dia... jd guru ni byk benefits antaranya no limitation for borrowing [ well, as long as i return i them back] tapi mungkin buat masa ni je kot atau kat skola tu je kot... entah la malas nak cakap banyak... tapi yang ana nak kongsi ni adalah satu poem ana jumpa dalam buku element of literature jilid, brape carila..

Those Winter Sundays
-RobertHayden-

Sundays too my father got up early
and put his clothes on in the
blueblack cold,
then with cracked hands that ached
from labor in the weekday weather
made
banked fires blaze. No one ever
thanked him.
I'd wake and hear the cold splintering,
breaking.
When the rooms were warm, he'd call,
and slowly I would rise and dress,
fearing the chronic angers of
that house,
speaking indifferently to him,
who had driven out the cold
and polished my good shoes as well.
What did I know, what did I know
of love's austere and lonely offices?


poem ni mengingatkan bertapa kadang2 kita sebagai anak ni jarang bersyukur dengan nikmat ibu bapa yang kita ada... sering saje kita mengeluh, memberontak dalam diam... ntah laa.. kadang2 kita kesian kat mak ayah kita tp kita tetap buat... dan diorg tetap sabar, sayang kita bagai kitalah dunia mereka... dan kita?? kita ni minta itu, minta ini.. laju je mulut tapi bila mereka minta ambilkan air sambil kita sedang asyik lakukan sesuatu.. astargfirullah.. kita tetap buat tapi mulut ni kadang keluar bunyi yang mengecewakan kalau kita mendengar... tapi mak ayah kita .. ana suarakan je yang ana perlu something.. malam tu juga diorg hantar.. bila ana kata menyusahkan mak ayah diorg cakap bukannye ana kat US sampai tak leh hantar... itu kisah ana.. antum pula?? mesti antum baikkan pada ibu bapa antum.. jgn jd macam ana tapi jadilah seperti salah seorang pemuda yg terperangkap di dalam gua...

ingat pesan ar-Rasul, berbakti terhadap ibu bapa dan beramal baik terhadap mereka lebih penting dari jihad dan segalanya.. well next to Allah that is.. akhir kata buat mereka yang punya ibu bapa lagi, pergilah kepada mereka.. ciumlah, peluklah mereka sementara mereka masih hidup dan ucapkan sayang.. jgn malu utk mengatakan sayang pada ibu bapa kerna tiada malu dalam berkasih bersama mereka...dan mereka yang sudah tiada ibu atau ayah atau keduanya sekali.. doakanlah utk mereka.. jgn lupakan mereka dalam kesibukkan kita mengejar dunia dan akhirat kerna apabila anak adam mati terputus segala amal kecuali tiga dan DOA ANAK SOLEH antara penerus amal mereka... ingatlah kerna merekalah permulaan kita...

ucapkan kasih,
ucapkan sayang,
pintalah jua kemaafan,
kerana redha Allah bersama redha mereka...
SAYA SAYANG MAK DAN AYAH!!!
p/s: maafkan ana atas semua kesilapan..

Thursday, December 16, 2010

tangkaplah kembali...


salam alaik,

hai... hari ini burung itu telah bebas. bebas dari sangkar yang selama ini mengongkongnya, memaksa dia lakukan apa yang dia tidak inginkan... bebaslah burung itu tapi bahagiakah pemiliknya?? kerana burung itu tidak mampu hidup sendiri... terbangnya lambat, takut2 disambar si pemangsa saja.. malah burung itu tidak mahir lagi mencari makanan dan minumannya sendiri.. takut dia mati kebuluran... aku pemiliknya... aku tidak mahu dia mati lalu apa harus aku lakukan kerana sangkar itu sudah tidak muat untuk dirinya, tidak mampu menjaga dirinya... kejamkah aku andai aku mencari sangkar baru untuk mengurung dirinya???

saat ana terfikir akan hal itu, terus terlintas di hati ana, begitulah halnya akan jiwa ana.. hari ini telah tamat satu sesi pentarbiyahan khusus di mana ana tidak akan mampu lagi mengulanginya.. bererti sangkar tarbiyah itu sudah tidak mampu mengongkong nafsu ana dan menjaga jiwa ana... ana tidak mahu disambar arus hedonisme dan tidak mahu membiarkan penyakit wahan yang semakin hari semakin teruk dalam hati ini.. tidak, ana tidak mahu.. ana juga mahukan agar hati ini subur dengan makanan dan minuman yang sepatutnya..

lalu,setelah difikir kembali. ana, tidak boleh tidak perlu mencari sangkar tarbiyah yang baru, yang sesuai dengan hati ini kerana matinya hati ini bermakna kalahnya seorang hamba dalam mencari redha-Nya dan menangnya si durjana dalam menjatuhkan hamba-Nya...

itu ana.. lalu buat sahabat ana yang mungkin membaca post ini... satu saja pesanan..
andai burung milikmu itu sudah terlepas tak kira baru sahaja atau sudah lama.. tangkaplah ia kembali sebelum ia mati.. dan mereka yang punya burung masih dalam sangkar jagalah ia sebaiknya, pastikan ia makan apa yang diberi dan moga burung kita semua kekal hidup untuk dipersembahkan pada Sang Raja nanti...

Saturday, December 11, 2010

pergilah kasih, pergilah sayang...

salam alaik,
alhamdulillah dalam beberapa hari lagi pertarungan dalam mencapai pangkat terbaik individu dalam SIJIL PANDANGAN MANUSIA akan berakhir... tapi saat itu juga menandakan berakhirnya saat ana akan bersama teman2 seperjuangan... teman yang ada ana kenal seawal usia 6 tahun lagi.. entah bila kita akan bersua kembali...
begitu juga dengan guru2 yang telah banyak menabur jasa. mengajar ana apa itu kehidupan dan apa itu pengorbanan... jasamu takkan dapat ana ganti walau ana punya harta sebesar matahari dan bulan... moga Allah merahmati dan menjaga kalian di atas jalan yang benar sentiasa hingga ke akhirnya...


tamatnya hari itu, bermakna gradusinya ana dari madrasah yang mengenalkan ana apa itu tarbiyah yang sebenarnya.. madrasah yang juga mengenalkan ana akan hakikat manusia itu tidak sempurna walau dia seorang guru yang paling ana sanjungi... ana cuma mengharap agar mereka yang ana sayang itu kembali pada al-Quran.. bukan pada sesetengah ayat tapi ke seluruhan al-quran itu sendiri dan juga hadits ar-Rasul... robeknya jiwa, koyaknya hati, hancurnya diri saat melihat sesuatu yang kita sama2 ingin bina mula jatuh tanpa kita sedari akibat ketaksuban dan ketidak sabaran kita... maaf adik2 yang ana kasihi andai ana zalimi hak antum & antunna dalam mencapai tarbiyah yang terbaik utk diri antum & antunna.. asif..
buat teman semua, ana doakan kita semua dapat apa yang paling baik di sisi Allah untuk kita dan ana doa kita semua punya iman yang teguh dalam menghadapi apa jua keputusan yang telah Allah tetapkan.. amin... agar kita antara yang bersyukur..