Monday, February 14, 2011

aku, dia, dan mereka...

salam alaik,
sudah lama rasanya tak update blog ni... hurm...

baru2 ni ana ada tengok satu cite hindustan ni... ana tak tgk dr awal la tp.. citer ni, ya Allah, menunjukkan bertapa Allah itu maha adil... dan ana rasa cite ni antara cite hindustan yg tak de kisah cinta lansung.. hiush ada gak eh..



ceritanya adalah tentang seorg guru sandaran dan anak muridnya yang tak tahu membaca... budak tu berusia 8 tahun, dia adlh anak kpd ketua sebuah lembaga.. muke bdk ni pon toya semacam, gigi jonggang dan org ejek dia keldai dan si bodoh.. guru2nya semua tension dgn dia kerana apa2 yg di ajar cam tak masuk... yg sedih lg mak ayah dia pun ske kutuk2 dia.. dia pun menjadi seorg yg pendiam dan tak mahu berinteraksi dgn org...

dijadikan ceritanya, ada sorg guru muda ni masuk skolah tu jd guru sandaran pendidikan seni je sementara skola cari guru ps yg baru.. cikgu ni tgk bdk ni dan dia rasa ada yg lain pd bdk ni... kerana budak ni walau tak reti menulis, membaca tp lukisan dia masya-Allah, hebat. gaya gerakkan berus warnanya bukan calang2 org... dan cikgu dia ada tgk budak ni bw buku nota ke mana saja dia pergi, bila cikgu dia tgk, ya Allah bdk tu tlh suatu catatan kehidupan... gaya pemikirannya bukan macam budak 8 tahun...
tulisan da vinci yg terbalik

tp kalau ana cerita semua tak seronok la kan... maka, secara ringkasnya bdk tu walau semua org tak sokong dia tp atas dorongan guru itu dan usaha dia, dia berjaya membaca, menulis dan mengira... dan semua org kagum dgnnya malah mak dan ayah dia sedar akan kesilapan mereka...

dalam cerita ni ada satu perkara yg menarik perhatian ana.. cikgu itu tlh berkata pd ayah bdk tersebut tentang sebuah kisah di dalam buku solomon's island, di pulau tu org nk tebang pokok bkn guna gergaji tp mereka kutuk pokok tu ramai2 sampai pokok tu mati dgn sendiri akhirnya... dahsyatkan??

bila ana tgk cerita ni ana teringat anak murid ana.. entah kenapa... tp itulah kita kdg2 ni secara tak sedar sebenarnya agak kejam... mungkin bukan semua tp cuba tgk masyakat dunia amnya... ramai org yg gelak bila tgk sesuatu yg memalukan berlaku pd org lain... contoh org tu tersadung ke, salah tulis ke or even time kwn kena denda dlm kelas...
entahla... ana tak tahu nak tulis apa cuma ana harap kita sama2 renung balik bagaimana sikap kita selama ni.. adakah kita seperti guru sandaran itu yg membantu bdk tu walau susah smp bdk tu berjaya atau kita jd org keliling budak tu yg kutuk dan hina dia yg menyebabkan dia jatuh lg ke belakang... fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment