Saturday, January 3, 2009

hari baru..


tahun baru bermakna bermula lagi kisah hidup kita di medan ilmu. tapi jangan lupa tak kira dimana kita berada, kita tetap akan pelajari sesuatu. yang penting jangan biarkan kotak minda kita tertutup. lihat di sekeliling kita. ada saja yang tuhan nak beritahu. namun semua itu terpulang dari apa kita tafsirkan. sama ada kita seorang yg optimis atau pesimis.

oh ya ckp fasal pesimis optimis ni, ana baru ingat satu cerita.. agak kelakar laa tapi macam yg ana ckp td, buka minda dan lihat apa yg kita boleh blajar. cerita dia camni..

pada satu masa tu, di sebuah hospital sakit jiwa, tinggal 2 org sahabat baik. konon laa nama diorang Meg dan John. satu hari tu, mereka berdua telah pergi berenang di kolam renang. tapi malangnya Meg tidak tahu berenang. dia hampir lemas di dalam kolam itu. john ternampak Meg terkapai-kapai di dalam kolam terus berenang mutk menyelamatkan Meg. akhirnya Meg berjaya diselamatkan.kejadian ini telah dilaporkan pd dr. yg merawat John.
malangnya, pada keesokkan harinya, mayat Meg telah ditemui tergantung di biliknya. kejadian ini mengejutkan seisi hospital. John telah dipanggil dr. nya. doktornya berkata bergini; "john kami amat terharu dgn tindakan kamu menyelamatkan Meg tempoh hari. ini menyebabkan pihak hospital bercadang melepaskan kamu. tapi malangnya nasib kawan kamu Meg, dia telah ditemui tergantung di biliknya.." tapi apa yg mengejutkan doktor itu ialah apabila John dgn selamba menjawab "oh saya tahu. selepas saya selamatkan dia semalam, Meg kata dia sejuk. jadi saya gantungkan dia biar dia cepat kering..."

skarg cuba fikirkan apa perasaan antum kalau antum adalah ahli keluarga Meg.. ana akan berikan pendapat ana tentang hal ini bila ana menulis kembali.. berikan jawapan antum dlm komen...

Friday, January 2, 2009

lembaran baru???

salam alaik,

bertemu lagi kita ye, org kata kalau tahun baru je kita kena pasang azam baru tapi betul ke azam yg kita pasang??bagaimana azam tahun lepas??

tak pe yang penting kita jgn berhenti melangkah. jgn salahkan diri diciptakan penuh kekurangan. dan paling penting jgn sesekali salahkan org lain jika kita kecundang.

baru2 ni ana ada baca satu buku. ia kisah tentang seorang lelaki yg dilahirkan dgn ke2-2 tangannya terbantut dan kaki kirinya cacat. tapi dia tak pernah mengeluh..[ye ke??] yg penting dia dididik utk tidak menjadikan kekurangan dia satu alasan utk tidak berjaya. dan tahukah anda, org ini akhirnya menjadi seorg pemain tennis professional. ini kisah benar bukan main2. dan prinsip org ini ialah dia adalah siapa yg dia mahu jadi dan dia bukanlah si cacat yang lemah. kalau tak percaya ana beri nama org ni; John Crawford. ya, dia bukanlah seorg muslim tapi tidak salah bukan untuk belajar dari mereka yg ingin kongsi pengalaman dan ilmu.

jangan takut utk mencuba jika tidak kamu dah gagal sebelum mencuba.

'i'm a slow walker, but i never walk back"
-abraham lincoln-