Sunday, July 31, 2011

Dia tiba lagi!!!!!

salam alaik,

asif lama tak tulis... aaaaahhhh!!! rasa nak jerit sebab yang ditunggu datang lagi dan ana sempat utk jumpa lagi...
siapa??? eleh macam tak tahu... RAMADHAN!!
kali ni pendek je kot.. just nak share lagu2 ramadan.. dengarlah dan hayatilah dan fikirlah dan kembalilah dan berapa banyak dan da..

harapan ramadhan- raihan &man bai
video
apakah ending ramadhan kali ini??

ramadan moon- yusuf islam& kawan2
video
gembirakah hati bila kita tahu ramadhan tiba??


welcome 0 ramadan- zain bikha
video
kembalilah dan sucikanlah dirimu....

ramadhan tiba! ramadhan tiba!
marhaban ya ramadhan, marhaban ya ramadhan!!

selamat beribadah
dan
selamat menyucikan diri kembali...
"RAMADHAN KAREEM!!!"

Sunday, July 10, 2011

yang tinggal cuma sebatang tubuh...



salam alaik,

ingat tak sebelum ni ana nk ckp pasal org prasan hebat? well, nilah sesuatu buat org yg prasan hebat, specially for YOU... bebaru ni ana dpt satu sms dari seorg sahabat ana. bila ana baca satu je perasaan ana.. aduh.. terpukulnya diri ini.. cuba baca:

"ingatlah wahai mata perjuangan Islam,
apabila diri kita telah disenaraikan
dalam saff perjuangan,
maka TABIAT generasi ini
mesti BERBEZA dgn generasi umum,
sahsiah mesti ditingkatkan,
akhlaq mesti dijaga,
fikrah mesti semakin jelas,
nilai ucapan dan kata2
biarlah berharga,
pandangan mestilah bernas,
kesungguhan bekerja dan merancang
mestilah semakin tinggi,
tabiat buruk mestilah dibuang,
sumbangan mestilah bertambah,
muhasabah diri sendiri
jgn dialpakan...
yakinlah Allah sentiasa melihat & mengetahui
segala urusan & gerak kerja kita...
sama2 berjihad
demi kemenangan Islam.
Rabbuna yusahhil..
-ukhti fillah-

berbahagialah mereka yang thabat dan kembalilah bagi yang tersasar dan ingatlah bagi yang lupa... dan kita tergolong dari yang mana??
sebenarnya bila ana baca sms ni, ana terasa aduh sungguh aku lupa pada apa yg sepatutnya... aku lupa apa yang penting... ana konon kata mahu berdiri dgn gah bagai pokok pain yang tak terusik dek angin tapi sebenarnya ana sudah jadi pokok willow yang terikut angin yang sempoi2..
hati ni rasa dah lama tak diisi, akal diberi tersilau dgn impian yang memang besar tapi masih jauh lagi sehingga lupa untuk mengukuhkan tiang2 asas dalam diri... ana hanyut dgn gelombang yang halus yang ana nampak cuma tak sedar akan kekuatan halusnya yang mampu membawa diri ini... ana lupa untuk meletakkan benteng, empangan pertahanan itu sebab ana sangka tiada bahaya yang membunuh...
keraskah hatiku??? butakah mata hatiku??? adakah ana telah jadi apa yang ana elakkan slama ni??? sungguh ana bersyukur ana masih menulis blog ni kerna ia mengingatkan ana apa yang ana lupa...
astarghfirullah... astarghfirullah... astarghfirullah...

berhati-hati. INGAT jatuhnya kita dan kalahnya kita bila kita rasa kita dah cukup selamat dan kuat... ingat, la haula wala quwata ila billahil 'aliyul 'azim...

'selamatkan dunia ini dari kekufuran,
selamatkan dunia ini dari kehancuran,
selamatkan anak2 dari kesesatan...
selamatkan dunia,
selamatkanlah...'