Friday, September 25, 2009

RAYA.... guruku....


eid mubarak semua!!!

alhamdulillah, sudah 6 hari kita beraya dan ana pasti masih ada lagi rumah kenalan kita yang belum kita kunjungi...
cakap tentang raya, ana ingat lagi kalo time skolah rendah dulu, skolah mesti buat jamuan raya.. waktu ana masuk skolah menengah pun ana still lawat jamuan raya adik2 tu.. hehe... dan... ana ingat lagi, tiap kali ana datang, seorg muallim math ana dulu ni mesti nak ana datang kelas dia... muallim Mahyudin namanya...

tapi.. hai.. sedih lak nak citer.. ok la.. time ana f2, ana melawat lagi skolah rendah, beraya dari kelas ke kelas.. selalunya ana akan pegi kelas muallim mahyudin, tapi entah kenapa, tahun itu ana lupa.. dijadikan ceritanya, waktu habis skolah, org dah start balik dan muallim nampak ana..

ana ingat lagi muka muallim time tu, cam kecil hati pun ada, muallim cakap " eh ********, muallim ingat kamu tak datang, kenapa tak pegi kelas muallim??" hm... ana rasa bersalahla time tu jadi ana cakap la "sori muallim, takpe tahun depan insya-Allah ana pegi kelas muallim.."
tapi janji itu takkan dapat ana tunaikan hingga akhir hayat ana... guru yg mengajar ana nombor, membuatkan ana suka nombor itu... walau byk kali ana buat dia marah tapi dia tetap maafkan... akhir tahun itu... waktu raya aidiladha.. muallim Mahyudin telah pulang ke rahmatullah... buat selamanya.. tanggal 22 disember 2006 takkan ana lupa hingga akhir hayat....[insya-Allah]


al-fatihah buat guru matematikku...


maka duhai teman, di hari gembira ini, jgn lah lupa org yg pernah berbakti kepada kita sama ada yang hidup atau yg telah pergi ... jgnlah kita lupa siapa kita...

Friday, September 18, 2009

belon ramadhan



salam alaik,


ramadan baru sahaj meninggalkan kita semua..

ana pasti kita semua telah cuba merebut semua peluang yang ada.. tapi... berkualitikah amalan kita, atau cuma berkuantiti

cuba kita fikir kembali, andai kuantiti menjadi ukuran bolehkah antum selesaikan masalah ini...


antum diberi 10 belon kosong dan antum perlu meletakan seberapa banyak belon yang boleh pada sebuah dulang sehingga dulang itu menjadi lebih berat dari sebiji durian yang sederhana saiznya...

maka apa yang akan antum lakukan??


adakah antum akan isi kesemua belon itu dengan udara dan meletakkannya di atas dulang itu seraya berharap dulang itu lagi berat dari durian..



atau antum cuma isi air kedalam beberapa biji belon tadi dan kemudian meletakkannya keatas dulang sehingga antum pasti dulang itu cukup berat...


maka apakah selepas antum berjaya menyelesaikan masalah ini antum masih yakin kuantiti mampu mengatasi kualiti?? apalah sangat belon yang berisi angin jika dibanding belon berisi air

maka fikirkanlah wahai sahabat ana semua.. apakah amalan kita di bulan ramadan lepas mampu memberatkan mizan kita di sana...
FIKIRKANLAH WAHAI MEREKA YANG MAMPU BERFIKIR