Sunday, August 30, 2009

ku menharapkan ramadhan kali ini...


"ahlan wa sahlan ya ramadhan!!!"

salam alaik,
dah lama tak menulis dan rasanya masih belum terlambat utk ana ucapkan selamat menyambut ramadhan..

semalam ahli keluarga mak ana belah atuk ana buat iftar jamaie dan tarawih bersama.. memang ramadan adalah bulan rahmat kerana ketika ramadan lah kita dpt lihat org berpusu2 beribadah dan keluarga bertemu kembali.. dalam bulan ini ganjaran melimpah ruah, pintu syurga dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya..

namun sebelum kita sibuk mengejar ganjaran Ilahi, marilah kita duduk dan berfikir sejenak...

memang bulan ini adalah hadiah kita dari Allah kerana kita tidak mampu utk hidup selam org terdahulu tapi.. adakah selama kita beramal dalam bulan ini niat kita kerana Allah??
apa yg sebenarnya kita cuba capai: ganjaran, pahala atau redha dan rahmat Allah??
ibadah kita adakah ikhlas kerana Allah semata atau ada riya' terselit??
quran yg cuba dikhatam pada bulan ini adakah dibaca begitu saja atau diisi dgn penghayatan??
senang cerita adakah ibadah kita penuh dgn rasa taqwa atau kosong sahaja??

setelah direnung kembali, andai hari2 dlm bulan mulia ini yg telah kita lalui masih kosong, belum terlambat utk kita perbetulkan kembali amalan kita... jgnlah ramadhan kali ini berlalu begitu saja tanpa perubahan dalam diri kita... sungguh ramadan adalah medan tarbiyah utk kita berubah... kerna dalam bulan ini kita hanya berperang dgn diri kita sahaja... ada org pernah berkata :" andai didalam bulan ramadan ini kita tidak mampu berubah, kita tidak akn mampu berubah utk selamanya.."

"jadilah hamba TUHAN dan jgnlah jadi hamba RAMADAN"

ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dgn sempurna...