Wednesday, September 8, 2010

sekadar ganjaran atau cinta..

salam alaik,

saat ana menulis ini, bulan yang disayangi seluruh umat Islam bakal meninggalkan kita.. asif ye lambat update.. sibuk trial dunia.. dan saat ana post bulan itu telah meninggalkan kita..entah bila bakal bersua.. moga dengan tiba syawal kita koreksi diri kita kembali..

cukupkah segala ibadah kita..
hmm.. berkata tentang ibadah, baru2 ini ana diminta mengupas tentang sesuatu.. saat itu tanpa sedar ana terfikir akan hakikat sebenar kita beribadah..

ana nak ajak antum berfikir kenapa sebenarnya kita beribadah.. apa matlamat sebenar kita.. apa yang kita nak di akhir perjuangan kita nanti... sedarkah antum dalam diam sebenarnya kita tersilau dengan ganjaran yang BOSS kita janjikan, tapi apakah yang Tuhan kita nak kita sedar.. kita sering berkata bahawa dalam Islam penekanan tauhid rububiyyah itu dan tauhid uluhiyyah itu penting. tapi sedar tak kita yang ssebenarnya hampir kebanyakkan kita masih belum mampu mencapai tahap uluhiyyah yang sebenar...


apa itu uluhiyyah? ana rasa kebanyakkan kita tah apa maknanya. tapi secara ringkas bagi yang tidak tahu, uluhiyyah itu umpama satu hubungan atas dasar cinta semata.. antara kita dan Kekasih kita.. Tuhan kita.. rububiyyah pula umpama hubungan antara Boss dan pekerjaNya.. aka hambaNya, kita..


bagi ana antara dua ini.. tak pelah antum cuba try tafsir apa ana nak sampaikan.. mana antum rasa lagi manis..

andai antum mempunyai seorang pekerja, siang malam dia bekerja demi antum.. kerana antum suruh dia bekerja dan kalo dia buat maka dia dapat ganjaran kalo dia ingkar antum akan hukum dia.. maka dia beramal.. ops, maka dia bekerja kerana nak ganjaran dan kerana takut antum akan hukum dia.. dia korban masa, penat lelah utk antum agar antum gembira dan beri ganjaran lebih... sayang tak antum pada pekerja antum yang taat ini?? mestilah kan sebab apa antum minta dia akan tunaikan..

ok, situasi kedua, antum masih punya seorang pekerja tapi orang ni dia tetap lakukan segala yang antum minta bukan kerana antum akan beri ganjaran padanya tapi kerana dia sayang antum dan dia nak antum gembira dan dia akan berasa sangat gembira jika antum pun sayang dia.. dia tak kisah seburuk mana layanan antum pada dia, dia tak kisah antum nak hukum dia walau dia dah buat yang terbaik kerana rasa cintanya pada antum melebihi segalanya.. nah kalau pekerja begini pula sayang tak antum??


mana antum lebih sayang?? Allah itu mulia, kemulianNya mengatasi segalanya... maka setakat mana kita beramal utkNya?? ana cuma menulis mengajak kita semua berfikir apakah tahap amal kita selama ini...fikirkanlah...


akhir kata, selamat beribadah dan selamat merayakan hari kemenangan kita setelah diuji selama sebulan dengan gembira... kalaulah kita layak utk merayakannya... dan persiapkanlah diri kita seperti mana sahabat utk ramadhan hadapan.. kalau kita dapat bersua..

apa pun selamat hari raya!!! minal aidin wal faizin..
berkata ar-Rasul: barangsiapa yang menghidupkan
kedua2 malam raya, hatinya tidak akan mati
pada hari matinya hati-hati...