Monday, December 21, 2009

keluarga itu permulaan tarbiyyah



salam alaik,
bebaru ni, ana ada ikut satu kem.. dalam kem tu ana t'sedar, ya Allah bertapa bertuahnya ana dilahirkan dalam keluarga muslim... sungguh, memang utk melahirkan seorg peribadi muslim yg mulia, tarbiyyah seseorg itu kena b'mula dr dlm keluarganya sendiri...

ini kerana, bak sabda ar- rasul, anak yg dilahirkan ibarat kain putih, ibu bapa lah yg b'tanggungjawab mewarnainya, samada muslim, nasrani, yahudi, etc..

antara perkara penting yg perlu ditanam dalam diri ialah 10 ciri peribadi muslim...apa yee 10 ciri peribadi muslim tu???
di sini ana nak kongsi beberapa pengalaman ana...
inilah didikan pertama ana terima tentang Islam...

  1. aqidah yang sejahtera

time kecik dulu mak ana slalu kata, jgn buat benda tu.. etc.. Allah tak suke, malaikat catit.. buat la apa yang awak suka asal tak langgar syarak.. Allah tu tuhan kite.. etc. dan juga ingatan ahli keluarga yg lain.. hehe.. kadang2 berontak jugak tapi alhamdulillah, dari situ aqidah t'jamin, cerita pelik2 kat tv pasti dipantau agar tak lari dari landasan syariat..


2. ibadah yang sohih

ni lagi satu citer klakar, time otak tak btul lagi tapi dah byk akal nak curi tulang, time tu kalau balik kampung, kan rumah kayu, jd mesti kalau gerak berdetum, jd time tu ana hehe.. malas skit laa nak solat.. jd budak tu apabila tibe time solat masuk toilet basahkan muke, masuk bilik hentak2 kaki pastu keluar konon dah solat, tapi kantoi jugak last2.. akhirnya, time tu yg check abg ana, kenalah lecture free.. baru juga sedar solat dan ibadah yg lain bukan skadar p'gerakkan tapi kerana Allah... ana time tu darjah 1 tau..

3. akhlaq yang mantap

ana ngan adik- beradik dulu slalu diperingatkan, akhlaq jaga. kita muslim, org pandang.. jgn ikut org yg perangai pelik2 tu( ni bahasa ana sndr)ingat Allah itu cantik dan dia suka perkara yg cantik... kini, kami, insya-Allah.. sedar kepentingan Akhlaq itu.. ingat kata2 ni.. seorg mungkin boleh berubah dgn kata2 yg baik tapi 1000 org boleh berubah dgn akhlaq yg baik...

to be continue...

inilah peringatan buat diriku yang sering lupa..

Friday, December 18, 2009

semalam itu sejarah, esok itu satu kejutan, hari ini satu hadiah...


salam alaik semua,

hari ini bermula tahun baru kita, azam baru... azam tahun lps ana dah tercapai ke tak ye... hehe.. oklah entri kali ni cuma nak share kata2 ni...
ponder upon this ye...



pena tidak akan menulis,
jika tiada tangan yang menggerakkannya,
tiada jaringan gol,
jika tiada kaki yang menendang bola,
sofa takkan berkisut,
tanpa ada punggung yang duduk,
tipu daya takkan ada,
jika lidah tidak bergerak,
namun tubuh takkan berkerja,
jika tiada akal menyuruh,
akal tak dapat bertindak,
jika hati tak suka,
maka ingatlah,
hati itu raja,
jagalah ia...


Friday, December 11, 2009

pisang emas di bawa belayar... busuk sebiji di atas peti...

ingat 5 perkara sbelum 5 perkara,
sihat sebelum sakit,
tua sebelum muda,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
hidup sebelum mati...


salam pada semua...

hari isnin lalu, atok sedara ana [ Abd Aziz b. Abd Rahman] tlh kembali ke rahmatullah pad jam 1 pagi... sungguh kematian itu adalah sebaik2 peringatan...

al-fatihah

baru2 ni ana baca sdkt artikel... nak kata mau'izoh jauh skali... artikel ni sayangnye ala2 mengata, mencaci, mengutuk saudara2 ana di sana... ana sedih, tp memang lidah itu tidak bertulang, kebanyakan asbab masuknya seseorang ke dlm neraka adlh kerana lidahnya[ atau tgn yg menulis, kata org pena lbh tajam dari pedang]. disini ana nak kongsi satu cerita, citer ni ana dgr dr kawan ana.. agak childish tp ada isi... kisah ini tentang pisang...

pada suatu hari, di sebuah tadika, sorg cikgu ni tgh dok menulis kat meja dia, bebudak sume memain kat kelas tu... tetiba, cikgu ni dgr salah sorg anak murid dia ckp perkara tak elok pasal kawan dia; contoh:" awak nak tahu tak man tu kan hisap jari lagi, dah la blagak ensem..benci tol aku!" dan lain2. bile cikgu tu dgr btol2 hampir sume anak murid die ckp tak baik ala2 ngutuk la.. psal org lain..lalu cikgu tu dpt satu idea..

cikgu tu pggl sume anak murid dia. dia kata kat diorg" cikgu nak ajak kamu main satu game.. kamu perlu fikir berapa org yg kamu benci.. kira tau.. pastu bawa pisang esok sama dgn jumlah org yg kamu benci.. bw dlm beg tau nanti cicir.."
maka memurid tu balik ptg tu dan esoknya bw pisang yg diminta.. ada yg bw 1,2 dan ada juga 10... arahan seterusnya diberi, pisang tu diorg kena bw mana saje diorg pegi slama seminggu.. nak tido ke, main ke.. tak leh letak tepi.. lps seminggu bwk skola balik. budak2 innocent tu ikutlaa arahan cikgu diorg yg pelik tu..

selepas seminggu, kelas cikgu tu kalo kita masuk bygkn baunya... uwek... of course semua pisang yg budak2 tu bw dah busuk dan berair... cikgu tu pon check setiap muridnya... semua mengadu ttg pisang tu.. ada yg org x nak kwn ngan dier sbb busuk.. ada yg dah buang pon pisang dier..ada yg kata makbapak diorg marah bazir pisang.. dan semua kata mrk malu sbb kena bwk pisang busuk ke mane2 diorg gi.. cikgu tu senyum je tgk diorg.. akhirnya dia suruh sume budak tu buang pisang2 tu..

lps tu dia suruh kumpol dan kata...
"anak2, cikgu tahu kamu malu bawa pisang tu.. tapi cikgu nak kamu fikir...
bygkn pisang itu adalah jumlah kebencian kamu pd seseorg dlm hatimu,
makin ramai org kamu benci, makin byk pisang kamu,
dankamu bw kwbencian kamu kemana saje..
mcm pisang tu, hatimu akn mula membusuk,
baik mana pun kamu, pandai mcm mane pun kamu,
hati yg busuk tetap dibenci org.. dan kamu tak mampu sorokkan baunya,
kerana isi hatimu akan terpancar dari akhlaq dan kata2mu.."

fikirlah apa yg ana nak sampaikan kerna antum semua memupunyai akal..

Friday, December 4, 2009

bertapa manisnya...


ALLAHUAKBAR!!!!

salam alaik semua,

akhirnya ana berkesempatan menulis lagi... tntg post ana yg sblm ini, usahlah dikomen lagi... ana tulis tu pun sebab... dah..dah..

ok lah, insya- allah kita semua terus maju ke depan... baru2 ni, ana terduduk dan terfikir... selama ana cuti ni.. :( mungkin salah ana juga.. tapi bertapa manisnya ukhuwwah itu andai kita saling ingat mengingati... ana bukan apa, dalam mengharungi samudera cuti ini... ana mengaku, ana bukanlah seorg pelayar yang baik dan cekap... kadang ana lalai... hampir tenggelam bahtera ana dibuatnya... apatah lagi bila ana lupa cara mengawal bahtera ana saat hujan ribut, taufan melanda... ana tak mampu berlayar sendiri...
mungkin memang salah ana, yelah ana pun tak tengok-tengokkan anak kapal ana sendiri... pelayar yg lain pun ana tak keep in touch... terlampau leka dalam kapal ana sendiri... tapi... no,no and no... for someone to love you, you must love someone... to give is to love.. :) kita tak boleh mengharapkan pengorbanan org lain jika kita sendiri tak nak berkorban.. kan manis kalau kita begitu.. ni ana nak share satu rahsia tentang cinta.. dalam hidup kita sepatutnya kita dahulukan 5 perkara ini...
  1. cinta kepada ALLAH
  2. cinta kepada RASUL
  3. cinta kepada IBUBAPA
  4. cinta kepada UMMAH
  5. cinta kepada KECEMERLANGAN
ingat, siapalah kita andai tiada yg ingat pada kita... asif ana ucapkan pd semua sahabat ana andai ana lupa utk mengingatkan antunna... asif kerana ana tak mampu...( contact no. hilang laa.. ;p , tapi bukan alasan yg kukuh sebenarnya,,)

UHIBBUKUMFILLAH

Tuesday, November 17, 2009

keliru.. aku keliru...




salam alaik semua,
cuti sekolah dah tiba sekali lagi, menandakan tahun ini bakal berakhir... dah lama ana tak menulis, heh.. sibuk skit hujung tahun ni.. baru- baru ni banyak perkara berlaku dalam hidup ana... entahlah... ana pun, nak cakap tentang perkara ni..tak layak.. tapi entah kenapa ana secara tak lansung terbabit skali...

isu ni tak lah besar sangat cuma apabila seorang remaja yang proses pentarbiahannya belum tamat lagi nak bincang isu ni.. agak tak sesuai laa.. secara ringkas ana gambarkan isu ini dalam bentuk sebuah cerita..[takde modal lain la tu..]
ini adalah sebuah cerita tentang kek coklat...[sebab ana ske kek ni so cita tentang kek ni la] baca dan renung bersama ya..


pada suatu masa lalu.. di sebuah negeri ada sebuah restoran 5 bintang yang terkenal.. satu hari raja negeri terbabit nak datang situ.. dia nak makan kek coklat restoran itu yang terkenal.. tapi raja ni agak cerewet.. dia nak kek coklat yang paling lazat.. lalu tukang masak2 di situ yg memang bertaraf profesional pun berbincang la diorang nak buat kek cam mana.. nak kukus ke bakar ke.. plain ke.. ada buah tambahan ke...

tapi mereka tak dapat kata putus.. ada yg bertengkar.. ada yg terus taknak tolong.. akhir nya kek yg sepatutnya boleh disiapkan dengan cepat mengambil masa yang sangat lama.. kek yg dapat dimasak dengan mudah andai semua tukang masak itu bekerja sama dan bantu-membantu, siap dengan lambat ... cuba fikir apa perasaan raja yang sedang menunggu itu...

post kali ni panjang sikit dan maaf andai ana terkasar bahasa pada semua yang membaca sama ada org itu ana sangat perlu hormati atau insan lain tapi... fikirkanlah wahai mereka yang mampu berfikir...



keliru, aku keliru..
arah mana harusku tuju..
keliru, aku keliru...
memilih tuhan yang satu...

bersama kita renung ayat ke-105 surah ali imran... tiada yg salah maka tak perlu bertengkar kerna kita semua inginkan ISLAM!!!!

Friday, September 25, 2009

RAYA.... guruku....


eid mubarak semua!!!

alhamdulillah, sudah 6 hari kita beraya dan ana pasti masih ada lagi rumah kenalan kita yang belum kita kunjungi...
cakap tentang raya, ana ingat lagi kalo time skolah rendah dulu, skolah mesti buat jamuan raya.. waktu ana masuk skolah menengah pun ana still lawat jamuan raya adik2 tu.. hehe... dan... ana ingat lagi, tiap kali ana datang, seorg muallim math ana dulu ni mesti nak ana datang kelas dia... muallim Mahyudin namanya...

tapi.. hai.. sedih lak nak citer.. ok la.. time ana f2, ana melawat lagi skolah rendah, beraya dari kelas ke kelas.. selalunya ana akan pegi kelas muallim mahyudin, tapi entah kenapa, tahun itu ana lupa.. dijadikan ceritanya, waktu habis skolah, org dah start balik dan muallim nampak ana..

ana ingat lagi muka muallim time tu, cam kecil hati pun ada, muallim cakap " eh ********, muallim ingat kamu tak datang, kenapa tak pegi kelas muallim??" hm... ana rasa bersalahla time tu jadi ana cakap la "sori muallim, takpe tahun depan insya-Allah ana pegi kelas muallim.."
tapi janji itu takkan dapat ana tunaikan hingga akhir hayat ana... guru yg mengajar ana nombor, membuatkan ana suka nombor itu... walau byk kali ana buat dia marah tapi dia tetap maafkan... akhir tahun itu... waktu raya aidiladha.. muallim Mahyudin telah pulang ke rahmatullah... buat selamanya.. tanggal 22 disember 2006 takkan ana lupa hingga akhir hayat....[insya-Allah]


al-fatihah buat guru matematikku...


maka duhai teman, di hari gembira ini, jgn lah lupa org yg pernah berbakti kepada kita sama ada yang hidup atau yg telah pergi ... jgnlah kita lupa siapa kita...

Friday, September 18, 2009

belon ramadhan



salam alaik,


ramadan baru sahaj meninggalkan kita semua..

ana pasti kita semua telah cuba merebut semua peluang yang ada.. tapi... berkualitikah amalan kita, atau cuma berkuantiti

cuba kita fikir kembali, andai kuantiti menjadi ukuran bolehkah antum selesaikan masalah ini...


antum diberi 10 belon kosong dan antum perlu meletakan seberapa banyak belon yang boleh pada sebuah dulang sehingga dulang itu menjadi lebih berat dari sebiji durian yang sederhana saiznya...

maka apa yang akan antum lakukan??


adakah antum akan isi kesemua belon itu dengan udara dan meletakkannya di atas dulang itu seraya berharap dulang itu lagi berat dari durian..



atau antum cuma isi air kedalam beberapa biji belon tadi dan kemudian meletakkannya keatas dulang sehingga antum pasti dulang itu cukup berat...


maka apakah selepas antum berjaya menyelesaikan masalah ini antum masih yakin kuantiti mampu mengatasi kualiti?? apalah sangat belon yang berisi angin jika dibanding belon berisi air

maka fikirkanlah wahai sahabat ana semua.. apakah amalan kita di bulan ramadan lepas mampu memberatkan mizan kita di sana...
FIKIRKANLAH WAHAI MEREKA YANG MAMPU BERFIKIR

Sunday, August 30, 2009

ku menharapkan ramadhan kali ini...


"ahlan wa sahlan ya ramadhan!!!"

salam alaik,
dah lama tak menulis dan rasanya masih belum terlambat utk ana ucapkan selamat menyambut ramadhan..

semalam ahli keluarga mak ana belah atuk ana buat iftar jamaie dan tarawih bersama.. memang ramadan adalah bulan rahmat kerana ketika ramadan lah kita dpt lihat org berpusu2 beribadah dan keluarga bertemu kembali.. dalam bulan ini ganjaran melimpah ruah, pintu syurga dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya..

namun sebelum kita sibuk mengejar ganjaran Ilahi, marilah kita duduk dan berfikir sejenak...

memang bulan ini adalah hadiah kita dari Allah kerana kita tidak mampu utk hidup selam org terdahulu tapi.. adakah selama kita beramal dalam bulan ini niat kita kerana Allah??
apa yg sebenarnya kita cuba capai: ganjaran, pahala atau redha dan rahmat Allah??
ibadah kita adakah ikhlas kerana Allah semata atau ada riya' terselit??
quran yg cuba dikhatam pada bulan ini adakah dibaca begitu saja atau diisi dgn penghayatan??
senang cerita adakah ibadah kita penuh dgn rasa taqwa atau kosong sahaja??

setelah direnung kembali, andai hari2 dlm bulan mulia ini yg telah kita lalui masih kosong, belum terlambat utk kita perbetulkan kembali amalan kita... jgnlah ramadhan kali ini berlalu begitu saja tanpa perubahan dalam diri kita... sungguh ramadan adalah medan tarbiyah utk kita berubah... kerna dalam bulan ini kita hanya berperang dgn diri kita sahaja... ada org pernah berkata :" andai didalam bulan ramadan ini kita tidak mampu berubah, kita tidak akn mampu berubah utk selamanya.."

"jadilah hamba TUHAN dan jgnlah jadi hamba RAMADAN"

ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dgn sempurna...

Friday, July 24, 2009

bunga tu merah, daun itu hijau...


salam alaik,
dah lama ana tak mengisi ruangan ini. tak lupa utk memaklumkan kedatangan insan kecil dalam usrah besar kami..
"ahlan ya yahya al-misri??"

kadang manusia sering ingin kita mengikuti cita rasa mereka.. itu tak sesuai... ini tak boleh... awak ni ... ish... dan sebagainya..

kadang kita sering mengeluh, tension, dan rasa ingin mengamuk..

namun, kita mungkin lupa bahwa kita mungkin pernah lakukan sebegitu... malah kita mungkin lupa bahwa kadang org yg kita rasa geram kerana mengarah kita itu org yg Allah sendiri suruh hormati..
ibu bapa, guru, org lebih tua, pemimpin..
memang kadang fitrah manusia, kita ingin ikut kepala kita sendiri.. iya.. mungkin apa yg kita suarakan memang utk ikut syarak, kehendak Allah sendiri.. tapi adakah betul caranya jika kita ikut nafsu amarah kita???
ana tak mengatakan antum macam tu, tapi percayalah ini juga
peringatan buat diriku yg sering lupa...
ini cuma cebisan hati insan yg kerdil..
maka, berfikirlah wahai mereka yg dikurniakan akal

Sunday, June 14, 2009

kembali ke alam indah


salam alaik,

nanti ana akan kembali ke skola semula..
diri ini akan kembali ke biah soleha semula..
gembiralah hati, menangislah nafsu..
apa yg penting???
Allah matlamat hidupku..

kembali semula ke skola bermakna masih ada ruang utk kita betulkan diri.. ana tak pasti di luar sana mereka masih dapat merasai biah yg ana rasai??
ana antara yg terpilih, namun ini bukan menjadi alasan utk mereka di luar sana utk berlengah..

anggap lah diri antum ibarat anak helang yg perlu belajar terbang sendiri..


dan yg dapat atau pernah merasai sistem tarbiyah yg ana rasai, antum sepatutnya kena lagi kuat utk terbang tinggi dilangit.. ya, termasuk ana skali.. kita sebenarnya sudah semakin kehabisan waktu dan masa.. ayuhlah kita bersatu, mara bersama ke medan jihad perang pemikiran ini agar kita tidak hanyut bila sendirian...

ingatlah ayat tuhan, adakah sama mereka yg duduk dgn mereka yg berjihad di jalan Allah?? perjuangkan apa?? berfikirlah wahai kaum yang mampu berfikir...

Thursday, June 11, 2009

the colony



salam ukhwwah,

masa semakin jauh meninggalkan kita dan ia takkan berpatah kembali.
cuti pertengahan tahun semakin kian menghampiri penghujungnya. adakah masa telah kita hargai atau dibiarkan saja??


berkata tentang masa, sebenarnya minggu inilah baru ana mula cuti sebenar. minggu lepas sibuk dgn aktiviti. pekhemahannya, kursusnya... waktu sblm cuti pun buzy.. hari guru... pekse..
dan kerja lain yg tak kurang pentingnya...

pernah seorg kawan ana tanya "tak penat ke?? kalau kiter la, tak sanggup.. tidur lewat.. masa belajar kena buat kerja lain.."
ana mampu senyum saja.. sebenarnya bagi ana, pabila ana sibuk dgn kerjalah ana gembira.. walaupun penat tapi masa ana takkan dibazirkan begitu saja.. ketika lapang laa waktu paling ana takuti.. ana seperti insan lain dalam medan pertarbiahan tidak terlepas dari kelekaan..

tapi ingatlah kita, kita bukan sendiri... oh baru2 ni kn skola ana buat perkhemahan f4f5. tapak group ana betul2 sblh hutan. kami berkhemah di bukit cherakah so banyak la beruk
satu hari tu time kami buat aktiviti masak survival, ana pelik la tgk kenapa beruk dtg ramai2 ke hutan belakang khemah kami. YA ALLAH!!!!!!!! beruk tu bawa satu colony di serang khemah group ana sahaja.. kami cuba halau, ya Allah, sekor ni tak nak gi juga.. saiz nya lebih kurang cam gambar kat atas tu.. time tu ana dah glabah syadid, tapi syukur allah bantu...

' kerana itulah walau apapun yg berlaku jgn sesekali kita lupa Allah dan jgn mengharap bantuan selain bantuan Allah.. '

Friday, May 1, 2009

semalam ku renung kembali...

salam alaik,
baru ni di madrasah ana baru abis satu program besar. Expo Dunia Kita... kata-kata tu ada makna sendiri. EDK tahun ni bawa banyak pengalaman buat ana. ada pahit dan ada yang manis. ia membuka mata ana tentang dunia hari ini. tema tahun ni.. senang cakap sejarah islam tanah melayu. sebenarnya bila dilihat kembali, dunia kita ni tak seaman disangka.. banyak perkara dah berlaku.. maksiat adalah satu lumrah masa kini.. nak dikata zaman kita adalah zaman dimana semua maksiat org terdahulu berkumpul.. kaum lut, adat arab jahilliyah dan sebagainya.. ini ada satu video yg boleh kita renung bersama, bertapa kita menghampakan usaha mereka yg terdahulu....



video



banyak perkara berlaku di sekeliling kita, tapi syang kita lebih
memilih utk menutup mata. menyalahkan orang lain dan jarang jari kita menuding
diri sendiri. tak pernah kita fikir bahawa mungkin lambatnya kebangkitan ummah
adalah kerana sikap kita mementingkan diri. memang semua muslim ingin masuk ke
syurga, tapi apalah maknanya jika berseorangan dalam beramal. melupakan orang
yang terleka. marah tanpa tahu siapa bersalah.. adakah kita dapat masuk ke
jannah tanpa menghiraukan saudara kita.


ar-Rasul pernah
bersabda:

"mereka yang tidak mengambil kisah hal saudaranya bukan dari kalangan
kami.."


- PONDER UPON THIS -

Saturday, April 4, 2009

hari- hari yang kulalui

alhamdulillah dah hampir 3 bulan ana ceburi blog ini. cuba nak tukar layout tapi...

kini di skolah baru tamat bulan ta'dib.. tapi sayang ada yang masih tertipu dengan dunia... pelbagai pengalaman sepatutnya mendidik jiwa tapi.. manusia hakikatnya adalah pelupa.. ana juga tak terlepas dari belenggu ini lagi..

hakikatnya kita sering lakukan kesilapan. cuma kita sombong utk akuinya saje. kadang kita lupa kita ini hakikatnya hanyalah hamba yang hina..
kita lupa kita hidup hanya sementara. kita rasa selesa dengan hidup kita kini.. kita lupa kita hidup bersama ummah...


pelikkan, ada manusia kata dia sayang kita.. tapi sedar tak sedar dia yang menjatuhkan kita..
pelikkan kita ni.. kita terlalu mengejar kemegahan sampai kadang2 kita enggan hiraukan sahabat kita yang leka.. menyusahkan, jika tiada lagi aman... itulah detikan hati yang kadang kita tak sedar.. ingatlah kawan, dunia ini sementara...

Monday, January 26, 2009

meniti kaca hidup



alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kita bertemu lagi.

buat jawapan sesi lalu, sebenarnya tiada jawapan yg specific dapat ana tulis. bukan apa, jika kita menjawap kita mahu membalas dendam pada John, adakah kita mahu memarahi org gila. kalau begitu keluarganya?? tapi keluarganya tak tahu apa2. jadi last2 kita akan mula marah siapa yg jdikan John gila... TUHAN??? jika kita siuman masakan kita memarahi tuhan kita sendiri.. bertenang dan bersabar adalah satu2nya jaln bagi mrk yg optimis. syukur bukan kita di tempat mereka...

baru2 ini ana kembali ke sekolah... banyak perubahan telah berlaku... tapi insya-Allah kita semua mahu yg terbaik tak kira plajar mahupun pihak skolah.. ini membuatkan ana mengimbau memori lalu.. pada cuti tgh tahun lps, ana dan keluarga ana pergi ke skolah lama ayah ana.. tak byk berubah ayah ana kata. kini juniornya dahulu merupakan pengetua disitu. kalau dilihat kembali, kita dikira bertuah mempunyai ibu bapa yg mahu pendidikan utk ananya dan sanggup berbelanja tinggi utk kita. pernah ana dengar kisah dahulu ada seorg bapa yg tidak mahu anaknya belajar. dia org melayu.. bukan org india... anaknya merupakan seorg yg amat pandai dan punya masa dpn yg cerah. hinggakan guru anaknya terpaksa merayu pd bapa budak itu agar membenarkan anaknya belajar. kini, budak itu sudah menjadi org yg berjawatan tinggi dan alhamdulillah dia tidak menyimpam dendam pd ayahnya...

mampukah kita berbuat demikian??? renung2 kanlah. setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya. kita bukan org palingf malang di dunia. lihat mrk di Gaza.. perjuangan kita tak sehebat mereka.. maaflah, ana tak byk bercerita tentang isu umat di luar sana kerna ana masih belum mampu... kerana bagi ana islam mesti tertegak dalam diri baru di muka bumi ia tertegak. bukan ana tak kisah.. ana sedih tapi ana tak mahu hanya meratap tanpa berbuat apa2... kita adalah siapa yg kita perjuangkan!!!!!

Saturday, January 3, 2009

hari baru..


tahun baru bermakna bermula lagi kisah hidup kita di medan ilmu. tapi jangan lupa tak kira dimana kita berada, kita tetap akan pelajari sesuatu. yang penting jangan biarkan kotak minda kita tertutup. lihat di sekeliling kita. ada saja yang tuhan nak beritahu. namun semua itu terpulang dari apa kita tafsirkan. sama ada kita seorang yg optimis atau pesimis.

oh ya ckp fasal pesimis optimis ni, ana baru ingat satu cerita.. agak kelakar laa tapi macam yg ana ckp td, buka minda dan lihat apa yg kita boleh blajar. cerita dia camni..

pada satu masa tu, di sebuah hospital sakit jiwa, tinggal 2 org sahabat baik. konon laa nama diorang Meg dan John. satu hari tu, mereka berdua telah pergi berenang di kolam renang. tapi malangnya Meg tidak tahu berenang. dia hampir lemas di dalam kolam itu. john ternampak Meg terkapai-kapai di dalam kolam terus berenang mutk menyelamatkan Meg. akhirnya Meg berjaya diselamatkan.kejadian ini telah dilaporkan pd dr. yg merawat John.
malangnya, pada keesokkan harinya, mayat Meg telah ditemui tergantung di biliknya. kejadian ini mengejutkan seisi hospital. John telah dipanggil dr. nya. doktornya berkata bergini; "john kami amat terharu dgn tindakan kamu menyelamatkan Meg tempoh hari. ini menyebabkan pihak hospital bercadang melepaskan kamu. tapi malangnya nasib kawan kamu Meg, dia telah ditemui tergantung di biliknya.." tapi apa yg mengejutkan doktor itu ialah apabila John dgn selamba menjawab "oh saya tahu. selepas saya selamatkan dia semalam, Meg kata dia sejuk. jadi saya gantungkan dia biar dia cepat kering..."

skarg cuba fikirkan apa perasaan antum kalau antum adalah ahli keluarga Meg.. ana akan berikan pendapat ana tentang hal ini bila ana menulis kembali.. berikan jawapan antum dlm komen...

Friday, January 2, 2009

lembaran baru???

salam alaik,

bertemu lagi kita ye, org kata kalau tahun baru je kita kena pasang azam baru tapi betul ke azam yg kita pasang??bagaimana azam tahun lepas??

tak pe yang penting kita jgn berhenti melangkah. jgn salahkan diri diciptakan penuh kekurangan. dan paling penting jgn sesekali salahkan org lain jika kita kecundang.

baru2 ni ana ada baca satu buku. ia kisah tentang seorang lelaki yg dilahirkan dgn ke2-2 tangannya terbantut dan kaki kirinya cacat. tapi dia tak pernah mengeluh..[ye ke??] yg penting dia dididik utk tidak menjadikan kekurangan dia satu alasan utk tidak berjaya. dan tahukah anda, org ini akhirnya menjadi seorg pemain tennis professional. ini kisah benar bukan main2. dan prinsip org ini ialah dia adalah siapa yg dia mahu jadi dan dia bukanlah si cacat yang lemah. kalau tak percaya ana beri nama org ni; John Crawford. ya, dia bukanlah seorg muslim tapi tidak salah bukan untuk belajar dari mereka yg ingin kongsi pengalaman dan ilmu.

jangan takut utk mencuba jika tidak kamu dah gagal sebelum mencuba.

'i'm a slow walker, but i never walk back"
-abraham lincoln-